Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 7, 2022 @ 3:48pm

Malam Paling Indah! Konsert Anuar, Ziana Zain Ternyata Memukau, Jadi Kenangan Abadi Buat 2,800 Peminat

Bagaikan sudah dijangka, persembahan dari pasangan adik beradik popular, Ziana Zain dan Anuar Zain seperti ada magisnya tersendiri.

Memulakan konsert dengan klip video pendek mengisahkan tentang perjalanan karier dua figura ini, persembahan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur diteruskan dengan persembahan duet menerusi lagu Sangkar Cinta dan Bila Resah secara medley.

Konsert yang dihadiri kira-kira 2,800 penonton yang berlangsung di Dewan Plenary Hall pada Sabtu itu juga turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu popular dari album hits penyanyi ini.

Antara lagu-lagu repertoir yang disampaikan oleh Ziana adalah, Puncak Kasih, Terlerai Kasih, Menadah Gerimis, Anggapan Mu, Sedetik Lebih dan Madah Berhelah.

Sementara itu, Anuar pula seperti biasa memukau penonton dengan kelunakan suaranya menerusi 6 lagu nyanyiannya iaitu, Ketulusan Hati, Mungkin, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Lara dan Cinta Takkan Berakhir.

 

Dan, apa yang lebih menyeronokkan adalah nyanyian duet dari ‘Anak Pak Zain’ ini diteruskan lagi menerusi dendangan lagu, Sesuci Cinta Mu, Lembah Asmara dan Cinta Diakhir Garisan.

Meskipun ini adalah konsert kedua buat pasangan adik beradik ini selepas konsert yang diadakan pada 2010 di Singapura, Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 55, mengakui amat terharu dengan sambutan peminat-peminatnya.

“Anda boleh pergi ke mana-mana malam ini, tapi anda pilih untuk berada di sini. Terima kasih kerana beri aura yang positif buat kami.

“Saya tak sangka masih lagi mendapat sokongan yang begitu kuat daripada anda semua setelah hampir empat dekad dalam industri,” katanya kepada Xtra.

Bahkan, ada peminat yang tidak dapat menahan sebak terutamanya apabila melihat kedua-dua figura ini beraksi di depan mata mereka apatah lagi konsert sebesar dan segah ini turut mendapat restu dari kedua ibu-bapa selebriti itu sendiri iaitu, Zin Abdullah dan Robiah Abdul serta kedua-dua anak lelaki Ziana Zain, Muhammad Ammar Armin Zaharin dan Muhammad Aiman Armin Zaharin.

Konsert yang dianjurkan oleh Trumpet International Sdn. Bhd. itu turut menyaksikan kehadiran selebriti tanah air seperti, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Fara Fauzana, Shuib, Rozita Che Wan, Misha Omar, Ernie Zakri, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Malah, sebelum melabuhkan tirai persembahan konsert, Anuar dan Ziana sempat berkongsi berita gembira kepada semua peminatnya apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert di Singapura pada 24 September 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: Mimifly, Hael Husaini & Ramli Sarip Meriahkan Konsert Minggu Keempat Malam Ini!

Wah, Mimifly, Hael Husaini & Datuk Ramli Sarip meriahkan konsert minggu keempat CSOIAM malam ni!

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

李欣怡跨界当编剧!导演陈立谦对其创作甚感满意

李欣怡跨界当编剧,创作网剧《很红又怎样》!剧本让导演陈立谦大赞且十分满意~

Featured Tue, 16 Jul 2024

20 Kali Ulang Alik ke Tandas, Anak Sulung Eyra Hazali Alami Bengkak Usus

Allahu, kesiannya Hayder. Moga cepat sembuh😥

Hiburan Sat, 1 Feb 2020

Tahniah Amyra Rosli, Amar Baharin

Tahniah! Tak sabar nak melihat wajah bayi Amyra ni, mesti secantik dan secomel ibunya.

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
error: Content is protected !!