Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 3, 2018 @ 8:02am

Mana Ada Bercinta, Kawan Saja…

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menepis gossip cintanya bersama pemuda bernama Hafiz Bahari yang 15 tahun lebih muda daripadanya.

Penyanyi berusia 43 tahun itu memaklumkan dia bertemu pemuda itu ketika mengadakan persembahan di Kuala Kangsar, Perak.

“Hafiz datang menonton persembahan saya. Kebetulan, dia mempunyai urusan kerja di Kuala Kangsar ketika itu.

“Kami kenal dan cepat mesra. Sejak itu, sesekali kami bertanya khabar. Kalau berjumpa pun, kami tidak pernah ‘dating’ berdua, sebaliknya ditemani adik yang juga pengurus saya, Amir Hanafi. Bagaimanapun, tidak sangka pula isu ini menjadi bualan ramai.

“Tidak mungkin disebabkan gosip bercinta kami mahu memutuskan hubungan sebagai seorang kawan. Bagi saya mudah saja. Saya anggap Hafiz hanya kawan. Yang lain, terserah kepadanya.

“Umur saya membataskan segala-galanya. Saya yakin apabila berkawan dengan lelaki muda, saya hanya layak dianggap sebagai kakak,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, kata Amelina, dia menyerahkan apa yang akan terjadi selepas ini kepada kuasa Tuhan.

“Saya tidak berani cakap lepas. Saya tidak mahu kisah 15 tahun dulu berulang lagi.

“Dulu, saya pernah cakap tidak mahu berkahwin dengan suami orang, tetapi akhirnya pilih lelaki sebegitu sebagai teman hidup.

“Apapun, saya hanya mengharapkan doa yang terbaik dan pisang tidak berbuah dua kali dalam hidup ini,” katanya yang kini dilantik sebagai duta IR Signature by Rohaizat yang mengeluarkan wangian The Scent of Queen.

Penyanyi itu berkata, sikap peramah dan mesranya membuatkan lelaki mudah rapat dengannya.

“Saya tidak ambil tahu apa perasaan mereka terhadap saya. Sebenarnya, saya berkawan dengan ramai lelaki muda. Ada antaranya daripada kalangan anggota kelab peminat, sebahagiannya pula sering bekerjasama dengan saya.

“Mereka memanggil saya Kak Long. Bagaimanapun, tiada siapapun berani memadankan saya dengan mereka, mungkin segan dengan status saya sebagai penyanyi senior.

“Bersama Hafiz ini pula sebaliknya. Apabila memuatkan gambar bersama dalam laman sosial, peminat mula mendoakan kami, sedangkan kami hanya kawan,” katanya sambil ketawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 May 2025

“Kena Hentam, Dipijak Tapi Tetap Diam Demi Jaga Aib” – Enot Reda Hilang Sahabat 

‘Ini bukan putus kawan, tapi putus adik-beradik” – Enot

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

费玉清宣布退出演艺圈!亲笔信:失去双亲没了动力

费玉清出道46年,9月27日宣布于「2019年巡回演唱会」结束后,将正式退出演艺工作!

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

True Caller Membantu Untuk Ketahui Scam Atau Tidak?

Di dada akhbar dan muka depan laman berita kini penuh dengan laporan penipuan Macau Scam. Ramai individu kehilangan wang simpanan bernilai jutaan ringgit kerana menjadi mangsa. Di dalam dunia penuh penipuan, tiba masanya teknologi digunakan untuk […]

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“She Is Not An Object, She Is My Child!” – Fazura Luah Rasa Kecewa

Fazura mengakui dia pertama kali melihat video tersebut yang tersebar di media sosial

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

LELAKI CANTIK DAH POTONG A***?

“Lelaki Cantik” ini kembali hangat apabila ramai yang mengecam beliau terutama sekali apabila Safiey memuat naik gambarnya bersama lelaki

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
error: Content is protected !!