Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 22, 2018 @ 8:48am

Mana Ada Lofa Bercinta, Kawan Jer…

“ Hans kahwin ke ataupun saya yang kahwin, kami akan tetap berkawan sampai bila-bila,” komen Neelofa berhubung gambarnya yang sedang makan malam bersama Datuk Hans Isaac tersebar, baru-baru ini.

Gambar yang tersebar itu seolah-olah menguatkan lagi khabar angin yang melaporkan kedua selebriti ini kembali menyulam kasih.

Tambah pengacara berusia 29 tahun itu, apa pun yang terjadi, dia dan Hans akan tetap berkawan.

Difahamkan, foto itu dirakamkan ketika mereka bersama beberapa teman termasuk Elaine Daly ke lokasi peranginan popular itu untuk menonton konsert John Legend yang berlangsung Ahad lalu.

Neelofa yang menjalin cinta dengan Hans selepas bertemu ketika membintangi filem Lemak Kampung Santan, beberapa tahun lalu berkata, hubungan mereka berjalan atas dasar profesional.

“ Kawan dan keluarga tahu akan hal ini dan mereka juga menghormati persahabatan kami,” katanya.

Ketika disoal mengenai kontroversi berhubung pelancaran koleksi tudung Be Lofa yang berlangsung di salah sebuah pusat hiburan di ibu kota baru-baru ini, Neelofa enggan menoleh kepada perkara yang sudah lepas.

“ Saya pilih untuk hidup gembira. Harus kuat dan positif, Alhamdulillah saya gembira dengan hidup saya sekarang,” akhirinya ringkas.

Terdahulu, aktres jelita ini yang merupakan pengarah urusan tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd menimbulkan kontroversi selepas melancarkan koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk. Namun, syarikat berkenaan telah pun memohon maaf kepada semua.

Hal dah lepas, jangan dikenang ya. Kalau Lofa pun dah move on, korang pun kena move on ya!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Be Profesional Suria FM!’- Shahrol Shiro Kecewa Isu Dikatakan Tak Berdisiplin

Bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro menyelar tindakan pengurusan syarikat berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencalarkan imejnya. Pemenang juara Maharajalawak Mega 2018 ini turut terkilan melihat sikap pengurusan radio berkenaan yang tidak berterima […]

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Events Fri, 30 Nov 2018

Zoo Negara to Celebrate 55th Birthday with a Fiesta

It’ll be happening in December!

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Semua Lari Bertempiaran Macam Lipas Kena Spray” – Uyaina Arshad

Uyaina tampil mendedahkan netizen kaki buli akhirnya padam komen.

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

‘Terlalu Peribadi Untuk Dikongsi’- Lufya, Suami Bercerai

Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya…

Hiburan Mon, 29 Dec 2025

“Mental Perlu Stabil Sebelum Nak Jadi Pengasuh, Jangan Aniaya Anak Orang” – Intan Najuwa

Intan Najuwa tegur mental pengasuh perlu stabil sebelum jaga anak orang

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Dongho and His Father Speak Up About the Divorce Rumours

Hopefully baby Asher will be alright through it all.

error: Content is protected !!