Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida November 16, 2018 @ 2:07pm

20 Tahun Berkahwin Masih Romantis, Apa Rahsia Mustapha Kamal?

Pelakon ‘Lejen’ Mustapha Kamal dan isterinya Susan Manen sudah berkahwin hampir 20 tahun dan mereka dikategori antara pasangan yang masih romantik.

Menerusi laman Facebook, pelakon berusia 57 tahun menitipkan sedikit tips kebahagiaan kepada pasangan suami-isteri di luar sana.

“ Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu, cantiklah kamu. Elok suamimu, eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli Syurga suamimu maka kamu jua agli syurga. Begitulah sebaliknya,” tulisnya.

Pelakon Vila Ghazara ini menitipkan pesan kepada kaum lelaki agar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan menunjukkan contoh baik dahulu.

“ Jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

“ Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah tetapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya membimbingnya menjadi wanita solehah, Insya Allah,” akhirinya.

Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang anak iaitu Sabella Qawiema,18, Aulia Qayyiem,16, Salsabil Qurani,14, dan Naqli Qaddiem,11.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020

Sekolah Boleh Ubahsuai Keperluan Asalkan Patuh SOP

Buat pihak sekolah dan guru-guru.

Featured Sat, 26 Jul 2025

Anak Zainal Abidin Trauma, Dakwa Tempuh Pengalaman Dihalau Keluar Rumah Bersama Ibu & Abang

Timur akui perkara itu membuatkan dia lebih bekerja keras untuk kehidupan lebih baik.

LIFESTYLE Sat, 11 Aug 2018

Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong Musim Sejuk

Tahukah yang kulit muka lebih cepat kering dan menjadi tidak selesa sewaktu musim ini.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Wed, 12 Jan 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

error: Content is protected !!