Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 7, 2018 @ 2:42am

Masjid Bertukar Kecoh, Terima Tetamu Tak Diundang

Kecoh dibuatnya bila seekor babi tiba-tiba masuk ke perkarangan Masjid Sungai Plong! Dalam kejadian yang berlaku sekitar 8 malam tadi, haiwan itu dilaporkan menyondol seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Isyak.

Tidak berakhir di situ, haiwan itu kemudian terus berlari masuk ke dalam masjid. Apa lagi, bertempiaranlah semua jemaah di situ!

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid. Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

“Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” kata salah seorang jemaah di situ.

Tambahnya lagi, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

“Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Difahamkan selepas insiden berkenaan, jemaah masjid menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Trending Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Tampil Berseri Walau Diuji, Puteri Sarah Galak Wanita Cantik Ke Mahkamah Urus Perceraian – “Berhenti Pakai Pakaian Serba Hitam”

Puteri Sarah berkongsi pengalaman peribadinya yang memilih untuk mengenakan pakaian berona cerah

Trending Tue, 25 Jan 2022

4 Bintang Baharu Bergandingan Dalam Drama Romantik Komedi Life Lila!

Kepulangan Lila ke kampung menimbulkan banyak persoalan kerana orang kampung sudah tidak mendengar khabarnya selama lima tahun. Lila yang terkenal dengan kecerdasannya sering menjadi tumpuan orang kampung. Bersediakah selebriti media sosial ini berterus-terang hal sebenarnya […]

error: Content is protected !!