Euforia Bola 2026
Filem By: SGMS Fas March 29, 2018 @ 1:38am

‘Mat Kilau’ Akan Muncul Malam Ini

Sahih! Pelakon Mohamed Hadi Putera bin Halim atau lebih dikenali sebagai Datuk Adi Putra, 37, akan memegang watak seorang pahlawan Melayu Pahang, ‘Mat Kilau’.

Namanya pun sudah tertera menduduki senarai barisan teratas pada poster pelancaran filem ‘Mat Kilau’ terbitan Studio Kembara yang akan disempurnakan pada malam ni di pekarangan FINAS.

Filem aksi  yang diinspirasikan dari kepahlawanan Mat Kilau ini bakal digalas oleh pengarah  muda, Syamsul Yusuf  dengan barisan pelakon lain terdiri daripada nama-nama hebat seperti  antaranya Beto Kusyairy, Rahim Razali, Namron, Johan Asari, Fattah Amin mahu pun Nadiya Nissa.

Khabarnya, ini percubaan kali ketiga pihak penerbit, Studio Kembara untuk merealisasikan impian mereka memperjuangkan semangat kepahlawanan Melayu ke layar perak.

“Pada asalnya kami mahu terbitkannya sebagai telemovie sahaja tetapi ternyata hasrat itu tidak kesampaian malah percubaan kali kedua pun tidak mencapai kehendak serta harapan kami,” ujar Rahman Dali selaku penerbit bersama adiknya,  Shahruddin Dali sewaktu dihubungi.

“Kami berharap filem dibawah arahan Syamsul Yusof ini dapat memenuhi kehendak  kami bagi mencetuskan semangat patriotik yang kini begitu tipis sekali di dalam jiwa anak-anak muda,” sambung Shahruddin yang juga bertindak sebagai penulis skripnya.

Sebuah gudang dibina pada set penggambaran filem ‘Mat Kilau’ di Bota, Perak.

Set penggambaran filem hampir 65% siap di mana sebahagian besar daripada lokasinya akan berlangsung di Bota, Perak,  memandangkan tiada kawasan lapang yang sesuai dapat ditemui di Pahang. 

Filem ‘Mat Kilau’ yang bakal menjalani penggambaran bermula 1 April ini selama dua bulan dijangka ditayangkan pada pertengahan hujung tahun 2019 di mana segala urusan pemasaran  dan pengedaran  di bawah tanggungjawab Skop Productions Sdn Bhd.

Pertemuan penerbit, Rahman (dua dari kanan) dan Shaharuddin (kanan) bersama Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof malam tadi.

Ditanya sasaran Studio Kembara terhadap pulangan filem yang memakan belanja jutaan ringgit ini memandangan filem-filem berbaur epik sebegini mungkin kurang mendapat sambutan, jawab Shaharuddin:

”Anggaplah ini sumbangan kami kepada Negara, kami berserah kepada Allah, itu kerja Tuhan tetapi yang penting  kami mahu menyampaikan mesej patriotisma kepada kalangan anak-anak muda sekarang. Mereka perlu tahu bagaimana susah payahnya perjuangan tok nenek kita dahulu demi mempertahankan kedaulatan Negara.”

Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah merupakan seoang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Beliau lahir pada tahun 1847 dan meninggal dunia kerana keuzuran pada tahun 1970 dalam usia 122 tahun. (walau bagaimana pun fakta usia ini masih dipertikaikan kerana tiada dokumen pengesahan diperoleh).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sat, 8 Sep 2018

VIU和首要媒体电视网络合作!林慧玲布朗特尬戏飙演技

首要媒体电视网络与Viu合作! 9月起在ntv7和Viu平台同步开播三部Viu原创剧《Salon》、《Jibril》以及《The Bridge》;其中新马两地视后林慧玲和影帝布朗特帕拉瑞将在《The Bridge》尬戏飙演技。

Filem Sat, 30 Mar 2019

RM50,000 Up for Grabs on TV3’s Newest Reality Show, ‘Lagu Cinta Kita’

Starring Scha Al-Yahya and Hael Husaini as main the main judges.

Filem Sun, 18 Aug 2019

歌神许冠杰11月30日「重返」大马开唱!

歌神许冠杰11月30日「重返」大马开唱,再掀粤语怀旧风潮!

Filem Mon, 2 Mar 2020
Filem Tue, 3 Dec 2019

购物广场美食寻访!逛累了就吃个够

大家是否试过在购物广场里逛累了,又或者来到一个陌生的购物广场不懂要吃些什么呢?

Filem Thu, 2 Aug 2018

钟盛忠钟晓玉录《看见你的声音》导致兄妹情裂

由八度空间从韩国引进的推理类神秘音乐秀《看见你的声音》第二季将于8月19日启播!记者会上,大来宾钟盛忠与钟晓玉自爆因录影一度导致兄妹情裂;而赖淞凤则说“让人又爱又恨!”

Filem Mon, 1 Apr 2019

Legendary Mark Hamill is the New Chucky?!

The Star Wars legend has turned into a psycho killer doll!

Filem Thu, 30 Aug 2018

《光》国际影展再传捷报!郭修篆、庄仲维再度入围

继上海国际电影节、曼谷影展、以及日本福冈电影节,电影《光》今再入选《第13届华语青年影像论坛》「年度影片」、「年度新锐导演」、「年度新锐摄影师」、以及双「年度新锐男主角」共5项提名!

Featured Wed, 9 Mar 2022

Aisar Khaled Teruja Bergandingan Dengan Syafie Naswip & Elizabeth Tan

Fuh, bukan biasa-biasa barisan pelakon filem ini!

Filem Sun, 7 Jan 2018

FILEM KOREA “ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS” BIKIN PECAH PANGGUNG?

Setakat 31 Disember 2017, filem ini sudah meraih 8.5 juta penonton sekaligus menjadikan filem ini sebagai filem nombor dua yang mengutip jumlah jualan tiket tertinggi pada tahun 2017 selepas 11 hari tayangannya di pawagam. Wow!

error: Content is protected !!