Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom May 21, 2018 @ 5:00pm

Mawar Rashid Akhirnya Bersuara Apabila Keikhlasannya Menyayangi Anak Tiri Disalah Erti

Baik dengan anak tiri salah, tak baik pun salah. Begitulah delima didepani pelakon berbakat Mawar Rashid apabila keakrabannya dengan dua anak tiri disalah erti.

Segalanya bermula apabila wanita kecil molek itu memuat naik foto mesra bersama anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, di dalam sebuah kereta.

Tanpa diduga, kasih sayang yang dipamer disalah erti apabila mendapat kritikan netizen di mana salah seorang daripada mereka menempelak Mawar sebagai tidak menghormati ibu kepada kanak-kanak itu yang juga bekas isteri kepada suaminya, Raf Yaakob.

Menyifatkan komen netizen itu keterlaluan dan menyalah tafsir tindakannya, Mawar tampil membuat penjelasan yang dia tidak pernah berhasrat mengambil tempat sebagai ibu kandung kepada dua anak tirinya hanya kerana dia menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

Foto: Instagram Mawar Rashid

Sebaliknya kata Mawar, 23, dia sentiasa menghormati wanita yang disifatkan sebagai cekal dalam membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal.

“Saya amat menghormati ibu kandung anak-anak saya ini. Mummy saya juga seorang ibu tunggal sedari usia saya lima tahun, saya faham perasaannya.

“Saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal. Mummy saya menjaga kami tujuh orang adik-beradik tanpa bantuan sesiapa. Susah payah dan pahit getir Mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran,” katanya.

Mawar berkata demikian di Instagram selepas salah seorang pengikutnya menyelar tindakan dia memanggil anak tirinya sebagai ‘My Lil Raden’ kerana anak-anak itu masih mempunyai ibu kandung.

Dalam pada itu, Mawar berkata, bekas isteri Raf mengetahui dia ikhlas dia menyayangi anak-anak berkenaan seperti anak dia sendiri.

Foto: Instagram Mawar Rashid

“Saya tahu ibu kandung kepada anak-anak tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang ibu tunggal yang cekal dan anak-anak inilah dunia dan akhiratnya.

“Sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak-anak ini seperti anak saya sendiri dan apabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati ibu kandungnya,” katanya.

Sementara itu, Mawar menjelaskan dia menggunakan ganti nama ‘My Lil Raden’ yang merujuk kepada Radin Ahmad Rayyan kerana dia jujur dan ikhlas menyayangi kanak-kanak itu.

Jelasnya lagi, sekiranya dia dikurniakan cahaya mata sendiri suatu hari nanti, kasih sayangnya pada anak tirinya tidak akan berubah kerana telah menganggap mereka seperti anak sendiri.

“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan di antara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jul 2021
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Fri, 12 Dec 2025

Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Ketegangan antara Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr. Fie dan bekas suaminya yang juga penyanyi Nubhan, kembali menyorot perhatian selepas wanita itu berkongsi hantaran di platform Threads miliknya. Kata Dr. Fie, Nubhan hadir membuat […]

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai

Trending Sat, 31 Jul 2021

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu. Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, […]

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

error: Content is protected !!