Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 16, 2020 @ 2:05pm

Media China iktiraf Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dunia kendali wabak COVID-19

China Global TV Network (CGTN), stesen televisyen berpangkalan di Beijing mengumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara tiga doktor terbaik daripada sektor kesihatan awam dalam urusan pengendalian wabak COVID-19.

Selain Dr Noor Hisham, dua lagi doktor ialah pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Dr Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga doktor itu memimpin usaha Kerajaan masing-masing dalam menguruskan pelbagai isu berkaitan wabak COVID-19 termasuk pengendalian pesakit positif COVID-19 dan memberi nasihat kepada Kerajaan cara terbaik bagi mengawal penularan wabak berkenaan.

Pemilihan ketiga-tiga doktor berkenaan bukan sahaja berikutan kewibawaan mereka dalam membantu Kerajaan memerangi wabak COVID-19, tetapi juga penampilan mereka yang penuh berkeyakinan, tenang dan jelas ketika memberi maklumat mengenai keadaan semasa wabak itu di negara masing-masing.

Mereka juga kini dianggap wajah negara masing-masing, malah ada warga siber yang menggelar mereka sebagai hero negara, wira negara dan wajah pujaan hati.

Menurut CGTN, pemilihan itu berikutan ketiga-tiga doktor berkenaan yang bukan menteri Kabinet, namun menjadi wajah negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19.

“Ketika wabak global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadangkala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan,” lapor CGTN.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan carta kes positif mengikut negeri setakat 31 Mac 2020 ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Sejak beberapa minggu lalu, Dr Noor Hisham, 57,  menjadi bualan hangat di Malaysia apabila kebanyakan media tempatan menghasilkan artikel khusus mengenai personaliti beliau yang ketika ini dikatakan individu paling popular di Malaysia.

Penampilan beliau di kaca televisyen bukan sahaja ditunggu setiap jam 5 petang, malah laman sosialnya sentiasa dinantikan berikutan sering dikemas kini sehingga ada kalanya lewat dinihari.

BH melaporkan, Dr Fauci yang berusia 79 tahun pula bekerja hampir 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu sehingga orang ramai mula bimbang apabila beliau tidak kelihatan ketika sidang media harian di Rumah Putih.

Dr Fauci ketika memberikan sidang mengenai perkembangan semasa COVID-19 di Rumah Putih.

Warga siber di AS dikatakan memulakan petisyen a Change.org  bagi mencalonkan Dr Fauci yang diberi gelaran coronavirus crush dan national treasure oleh The Atlantic dan The New York Times, sebagai People Magazine’s Sexiest Man Alive 2020.

Di New Zealand pula, warga siber mewujudkan laman peminat Dr Bloomfield yang menyediakan ruang bagi warga siber memuji doktor berkenaan.

Dr Ashley Bloomfield dipuji rakyat New Zealand sehingga ramai mencadangkan beliau diangkat Tokoh Negara.

Selain itu, rakyat New Zealand kini turut mencadangkan Dr Bloomfield dinamakan Tokoh Negara berikutan ketelitian dan maklum balas yang jelas disampaikan doktor berkenaan ketika sidang media.

Sementara itu, Menteri Kesihatan,  Datuk Seri Dr Adham Baba, yang memuat naik berita berkenaan dalam laman Instagramnya turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham.

“Selama lebih kurang sebulan lebih berada di KKM (Kementerian Kesihatan) saya dapat saksikan bahawa Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan insan yang amat berwibawa, komited serta sentiasa menjunjung amanah yang diberikan,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Wed, 24 Jan 2024

“Ramai Salah Faham”- Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang

Oh! Baru merisik rupanya… semoga kekal ke jinjang pelamin lah yer! Dua dua sama cantik sama padan!

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Tak Boleh Nak Kata Tidak…” – Didakwa Tak Hormat Isu Palestin, Elisya Sandha Pakai Seksi Gara-Gara…

Harapnya penjelasan dari tuan empunya badan dapat clear kan keadaan okay!✌️

Featured Wed, 30 Apr 2025

Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Datuk Seri Aliff Syukri mengaku dia berjaya meraih lebih RM200,000 dalam masa dua jam lebih.

Featured Wed, 1 Jul 2026

Dari Taipei Ke ‘Be Like Water’, Ini Perjalanan 22 Tahun Siti Nurhaliza Menakluk Muzik Mandarin

Be Like Water menjadi lagu penuh pertama dalam bahasa Mandarin yang pernah dirakamkan Siti sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni.

error: Content is protected !!