Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 11, 2024 @ 9:36pm

Mega! Aina Abdul Buat Kejutan Hadir Ke Karpet Merah ABPBH 36 Menaiki Bas Jelajah ‘Imaji’

Penyanyi terkenal, Aina Abdul sekali lagi menjadi sorotan orang ramai apabila membuat kejutan hadir ke sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 dengan menaiki bas.

Selebriti yang sering mendapat jolokan ‘Ratu Fesyen Pelik’ ini tiba di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada jam 8:54 malam, diiringi kira-kira 30 orang peminat.

Ketika ditemui XTRA, Aina yang tercalon dalam kategori penyanyi wanita popular ABPBH 36 ini menjelaskan bas tersebut adalah lambang konsert jelajah ‘Imaji’.

Aina Abdul

“Bas Imaji, lambang kepada konsert jelajah Imaji. Hari ini saya hadir sebagai diri saya, Aina Abdul. Bas ini adalah simbolik kepada peminat saya,” katanya.

@xtra_my

Replying to @NajiB_mEtAfOrA(paranormal2) Aina Abdul tiba dengan bas persiaran tau!! 😂😍 All out she malamni❤️ #abpbh36 #fyp #xtra #beritaditiktok #ainaabdul #baspersiaran #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Selain Aina, empat calon lain kategori penyanyi wanita popular itu adalah Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Stacy dan Siti Nordiana.

Pada edisi karpet merah ABPBH tahun lalu, pelantun lagu popular ‘Sumpah’ ini membuat kejutan dengan menaiki sebuah lori lutsinar selain memakai baju sut gergasi berona merah.

Artikel Berkaitan:ABPBH 35: Hadir Ke Anugerah Naik Lori, Ini Penjelasan Aina Abdul… Menang Anugerah Tanda Harus Bekerja Keras Buat Peminat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Events Fri, 19 Jun 2026

Tak Beri ‘Green Light’ Sertai Program Realiti Nyanyian, Mua Bellaz Enggan Anak Bekerja Di Usia Muda

Kata Mua Bellaz dia mahu anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa sebarang tekanan.

Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

Featured Thu, 10 Jul 2025
Events Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

‘Alhamdulillah…Beliau Makin Pulih’- Razali Hussain Kongsi Kondisi Pengarah Terkenal

Pelakon Razali Hussain berkongsi situasi menimpa pengarah Murali Abdullah yang mengalami ‘mild stroke’ sejak tujuh bulan lalu.

Trending Mon, 4 Mar 2019

Tular Di Laman Sosial, Kenali 4 Youtuber Unik Yang Semakin Meningkat Naik!

Youtuber ini mengambil langkah kreatif dan lain daripada yang lain dengan menghasilkan content yang unik  seperti food review,haul video,video travel yang serius gempak seperti filem pendek

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
error: Content is protected !!