Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 10, 2026 @ 5:32am

“Memang Tak Senang Duduk!” – Sherry Alhadad Puji Lakonan Beto Kusyairy Dalam Gayong 2

Filem Gayong 2 tampil dengan pendekatan lebih berani dan matang apabila menggabungkan elemen aksi dan emosi dalam satu penceritaan yang padat serta memberi impak.

Menerusi perkongsian Sherry Alhadad, naskhah ini bukan sekadar hiburan biasa, sebaliknya memberikan pengalaman menonton yang benar-benar mencengkam perasaan penonton dari awal hingga akhir.

Sherry menyifatkan Gayong 2 sebagai filem yang membuatkan penonton tidak selesa duduk kerana ketegangan yang dibina secara konsisten sepanjang jalan cerita.

“Dari awal sampai habis, memang rasa tak senang duduk. Setiap babak ada tekanan sendiri dan kita rasa macam sentiasa tunggu apa yang akan jadi seterusnya,” katanya.

Menurutnya lagi, kekuatan filem ini turut terletak pada susunan aksi yang lebih padu dan dramatik, bukan sekadar pertarungan fizikal semata-mata tetapi sarat dengan emosi.

“Aksi dia bukan sekadar berlawan. Setiap scene ada emosi, ada rasa. Itu yang buat kita lebih terkesan bila tengok,” ujarnya.

Berbanding karya terdahulu, Gayong 2 hadir dengan tona yang lebih gelap dan realistik apabila menyentuh isu seperti rasuah, salah guna kuasa serta pengkhianatan dalam sistem.

Dalam masa sama, lakonan Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman turut mencuri perhatian apabila berjaya menghidupkan watak dengan penuh jiwa dan ketelitian.

Sherry turut memuji kekuatan emosi yang dibawakan oleh Beto sehingga mampu dirasai oleh penonton.

“Lakonan Beto memang sampai. Kita boleh rasa apa yang dia rasa. Watak dia bukan sekadar kuat, tapi penuh konflik dalaman,” katanya.

Berlatar selepas Perang Dunia Kedua, filem ini mengangkat kisah Meor sebagai pegawai CID dalam Pasukan Polis British yang berdepan rangkaian jenayah serta rasuah yang dilindungi pihak berkuasa.

Secara keseluruhan, Sherry mengakui cukup terkesan dengan naskhah ini sehingga memberikan penilaian luar biasa.

“Kalau ikutkan saya, memang 20 daripada 10. Memang puas hati tengok,” katanya lagi.

Gayong 2 diarahkan oleh Faisal Ishak dan mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 April 2026. Jangan lupa gunakan tanda pagar #Gayong2 untuk turut serta dalam perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022

‘Teringin’ Berkahwin Tapi Masih Solo, Sharifah Rose Idam Lelaki ‘Gentleman’ – “Kalau Boleh Bukan Artis Lah”

Rose dah share ciri-ciri lelaki idaman tu 😚 mana tau ada yang nak cuba nasib hehe

Featured Wed, 22 May 2024
Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

Trending Wed, 14 Jul 2021

Bayaran Tambahan RM1,000 Bagi GKP 4.0, Permohonan Mula Dibuka Esok

Siapa yang belum pernah mohon GKP, Dah boleh standby esok k!

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Sempat Beramah Mesra Dengan Pengunjung & Peniaga, Menteri Komunikasi Rasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025

Sudah bermula sejak Khamis, Starvendors yang berterusan selama 80 jam itu dijadualkan berakhir pada Isnin.

error: Content is protected !!