Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 17, 2019 @ 2:00pm

Mencari busana muslimah menepati syariat Islam namun masih kelihatan bergaya, Nur Aishah ada jawapannya!

Perkembangan pesat fesyen Muslimah sedekad ini, secara tidak langsung mencipta gelombang baharu dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa yang dulunya lebih tertumpu kepada nuansa ‘Barat’ membuktikan bahawa wanita Muslim tidak pernah ketinggalan.

Ketiadaan ruang dan peluang saja sebenarnya yang membataskan perkembangan itu, namun tradisi itu berjaya dipecahkan oleh sebilangan besar pereka fesyen yang mengangkat elemen ‘modesty’ (berbusana sopan) dalam rekaan tanpa mencelakan etika pemakaian wanita Muslim. 

Nah! hari ini kita dapat melihat jenama gah seperti Chanel, Gucci dan Marc Jacobs turut menampilkan ciri-ciri kesopanan dalam rekaan mereka lalu dipaparkan menerusi pentas peragaan untuk menarik minat pelanggan wanita Muslim terutama dalam kalangan golongan elit. 

Mereka sedar pasarannya cukup luas dan wanita Asia Barat khususnya begitu menggemari busana mewah. Di sebalik jubah hitam mereka, siapa sangka pakaian yang digayakan bernilai ribuan ringgit.

Mungkin faktor ini membuatkan pereka terkenal antarabangsa berasa terpanggil untuk menghasilkan busana sopan supaya jenama mereka boleh diperagakan tanpa berselindung di sebalik jubah hitam. 

Kita tinggalkan fenomena fesyen sopan di peringkat global dan kembali melihat perkembangan fesyen Muslimah di Malaysia.

Dalam lambakan pelbagai jenama, Nur Aishah antara label yang sentiasa membuatkan penampilan wanita muslimah kelihatan bergaya dan pada masa sama, kesopanan terus dijaga.

 


Label dibawah keluaran syarikat Cinta Ibadah Sdn Bhd itu memasuki  pemasaran fesyen secara rasminya pada 19 Oktober 2016.

Diusahakan ole Mirza Elyas Baig, juga pengarah urusan syarikat berkenaan, penubuhan Nur Aishah bertujuan menyediakan pakaian Muslimah sekali gus menjadi gedung fesyen pilihan wanita Muslim di luar sana.

 

“Nur Aishah, dua nama yang digabungkan.  Nur membawa maksud cahaya, manakala Aishah pula diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW. 

“Berdasarkan pemilihan nama itu, kami berharap untuk menjadikan Nur Aishah sebagai syarikat terbesar dalam menyediakan fesyen muslimah,” katanya.

 

Keistimewaan jenama Nur Aishah terletak pada material yang berkualiti pada harga berpatutan dan boleh dimiliki bagi setiap lapisan masyarakat. 

Koleksi rekaan Nur Aishah juga mengutamakan ciri-ciri kesopanan wanita Muslimah, menutup aurat dan keselesaan yang abadi dalam beribadah.            

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam maghrib semua…jom dapatkan koleksi Nuara Cardigan yang cantik ini dari @nuraishahgallery ..????????

A post shared by Galeri Nur Aishah (@nuraishahgallery) on

“Kami sentiasa mengemas kini rekaan baharu yang menepati cita rasa Muslimah. Untuk menghasilkan rekaan yang cantik dan sempurna itu tidak mudah. Dengan mereka cipta dan menghasilkan pakaian yang berkualiti juga banyak risikonya, misalnya kesilapan teknikal sering berlaku.

“Selain itu, Nur Aishah memfokuskan pemakaian mengikut syariat Islam yang mana koleksi yang ditampilkan adalah labuh, longgar dan tidak jarang.  

“Penerimaan pelanggan setakat ini juga sangat baik, malah Nur Aishah turut menerima banyak permintaan dari Sabah, Singapura dan tentunya Semenanjung Malaysia. 

“Kami juga dalam perancangan untuk memperbanyakkan lagi koleksi dan membuka cawangan baharu di negeri-negeri lain,” katanya. 

Tidak terhad kepada busana Muslimah saja, jenama ini juga menawarkan pelbagai jenis koleksi dari telekung yang eksklusif seperti jubah dengan perincian yang menarik, baju kurung, tudung dan pant suit. 

Nur Aishah turut menyediakan kelengkapan umrah dan haji dengan ciri istimewa yakni material daripada fabrik berkualiti tinggi dan menepati cita rasa wanita Muslimah yang mementingkan keselesaan. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 25 Dec 2018

Kalau Nak Wajah Flawless, Perlu Lakukan Teknik Double Cleansing Ini

Rutin ini disarankan dilakukan pada waktu malam.

Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

24 Foto Evolusi Fesyen Britney Spears Dari 1997 Hingga Kini. Wow! 2007 Memang Daring

Tapi saban tahun, citarasa fesyen Britney mula berubah dari stail yang sweet dan comel (sesuai lah dengan gelarannya sebagai princess of pop), ke gaya yang lebih seksi dan daring.

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]

Oh Lawa Tue, 5 Jun 2018

Ringkas Dan Mudah, Ini Tutorial Gaya Tudung Bawal YB Nurul Izzah

Jom belajar cara nak gayakan hijab seperti YB Nurul Izzah ini. Pasti anda bertambah cantik dan manis!

Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Featured Tue, 17 Sep 2019

Kimono daripada tali pinggang keledar, bukan saja cantik tapi genius!

Gabungan Biji Biji x T Syahmi memang luar biasa!

Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

Featured Thu, 1 Nov 2018

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Eh, bukan ke prosedur kecantikan ini dah biasa orang buat?

Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019
error: Content is protected !!