Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops August 24, 2018 @ 5:00pm

Rasa Tak Selesa Ketika Mengandung? Cuba 3 Teknik Senaman Yoga Ini, Gerenti Melegakan!

Ramai orang ingat yang bila anda mengandung, anda boleh “rehat” daripada bersenam. Tak betul! Bila-bila pun perlu, supaya anda sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang optimum.

Lagipun, senaman ketika mengandung boleh perbaiki postur badan anda serta hilangkan rasa tidak selesa seperti sakit belakang dan kepenatan.

Tak perlu buat senaman yang ganas atau lasak, jangan risau! Yang simple-simple pun jadi, seperti senaman yoga yang lembut dan gerenti relaxing.

Dan yang paling best, tak perlu susah-payah pergi ke gimnasium. Di rumah pun boleh.

Tapi ingat! Senaman yoga hanya ideal untuk wanita mengandung selepas trimester keduanya.

Berminat? Jom belajar teknik-teknik yang ditunjukkan di dalam video di bawah ini. Simple saja, jadi ia memang sesuai untuk wanita yang mengandung.

Ia bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak ruang di dalam badan anda untuk diri anda sendiri serta bayi di dalam kandungan. Barulah selesa, kan?

Sebelum mula, anda perlukan sebuah blok yang anda boleh duduk di atasnya untuk melakukan teknik-teknik ini.

Supaya senaman ini menjadi, perkara paling penting anda kena ingat ialah pernafasan. Ketika melakukan poses yang ditunjukkan, pastikan peraliran udara ke dalam dan ke luar badan anda adalah lancar.

Nota: Jika anda rasa tak pasti, sila rujuk kepada doktor anda sebelum mencuba senaman ini.

Jom mula!

Sumber: Glamrs

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 8 Mar 2019

Cara berkesan untuk rawat masalah bayi sembelit, jangan biar si manja merana!

Ketahui simptom dan rawatan bagi atasi masalah bayi sembelit

Sihat Thu, 28 Nov 2019

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Baik untuk diamalkan pesakit diabetes!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Manfaat daun pandan yang ramai tidak tahu

Bukan hanya untuk masakan, malahan untuk kesihatan juga!

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Sihat Thu, 22 Aug 2019

10 tanda gadis sudah tidak perawan

Keperawanan seorang gadis adalah lambang harga diri

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!