Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom September 17, 2018 @ 3:00pm

Mengapa Bedak Merupakan Barangan Wajib Perlu Ada Dalam Handbag Wanita? Ini Alasannya!

Selama ini anda selalu menggunakan bedak tapi tak tahu fungsi sebenarnya apa.

Well, bedak memang salah satu peralatan solek yang wajib dimiliki wanita. Wanita mungkin boleh survive tanpa menggunakan pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi atau gincu, tetapi tidak tanpa bedak.

Penggunaan bedak memang sudah wujud dari zaman China kuno beberapa abad sebelum Masihi lagi.

Wanita pada zaman itu sudah merasakan pentingnya fungsi pemakaian bedak  dalam rutin kecantikan mereka terutamanya di kalangan golongan bangsawan.

Kini, dengan teknologi yang semakin berkembang, formulasi yang terdapat dalam pembuatan bedak juga semakin canggih.

Foto: Daily Mail

Terdapat tiga fungsi utama penggunaan bedak yang harus diketahui anda.

1. Bedak membuatkan kulit wajah anda lebih bersinar. Dengan mengaplikasikan bedak ia dapat membuatkan wajah yang polos menjadi lebih cerah seketika.

2. Memakai bedak sebelum mengoles produk solekan yang lainnya, antara perkara yang sering ditekankan oleh jurusolek profesional. Penggunaan loose powder misalnya, dapat membuatkan solekan tahan lebih lama sekaligus memberi impak pembayang mata dan pelukis mata menjadi lebih nyata.

3. Terakhir, bedak berupaya menyerap minyak berlebihan pada wajah. Kulit wajah yang berminyak sering merosakkan solekan anda. Jika minyak mulai muncul di sekitar dahi, hidung, pipi dan dagu, segera letakkan bedak.

Itu saja tiga fungsi penting bedak untuk kecantikan wanita. Pastikan anda memilih bedak yang bersesuaian dengan kulit wajah untuk hasil solekan yang lebih sempurna!

Sumber: Vemale

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

9 Puteri Raja Moden Yang Paling Cantik Di Dunia, Dari Malaysia Pun Ada!

Masa kecil dulu mesti pernah berangan nak jadi puteri raja kan? Kalau masa zaman dahulu, mendiang Puteri Diana yang menjadi pujaan ramai wanita dan lelaki dunia kan? Mana tidaknya, cantik, berkarisma, baik hati dan pemurah […]

Oh Lawa Sun, 20 May 2018

Meghan Markle Memilih Solekan Yang Simple Tapi Kecantikan Semulajadinya Tetap Terserlah

Senyuman kegembiraan yang menghiasi mukanya menambahkan sinar ke wajahnya.

Oh Lawa Fri, 26 Apr 2019
Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 23 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Tuah Kulit Hitam Legam, Dulu Dihina Tapi Kini Dibayar Jutaan Ringgit!

Lolita, 16 tahun yang mencipta populariti mendadak sejak berita tentang dirinya diperkatakan di laman sosial kerana dikatakan mirip wajah patung Barbie versi kulit hitam.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

error: Content is protected !!