Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 16, 2023 @ 5:12pm

Mengisahkan Tentang Perjuangan Imam, M. Nasir Bintangi Filem Adaptasi Novel Sasterawan Negara

Pengarah, Mior Hashim Manap menghasilkan filem ‘Imam’ yang diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain.

Syarikat produksi Al-Kahfi itu tertarik mengadaptasi novel ke layar perak kerana ia merupakan sebuah karya yang cukup baik.

“Sewaktu saya membaca novel ini sekitar tahun 2013, saya tertarik dengan pemikiran yang dibawa oleh Abdullah sehingga ia menjentik hati saya untuk menghasilkan filem ‘Imam’.

“Ia berlatarkan tahun 1983 dan antara intipati menarik dalam novel ini apabila menggambarkan orang Melayu ketika itu cenderung kafir-mengkafir, selain peranan masjid yang hanya digunakan untuk solat, sedangkan banyak fungsinya yang lain,” katanya.

‘Imam’ yang menceritakan tentang perjuangan seorang imam iaitu Haji Mihad (Datuk M.Nasir) yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri.

Namun begitu, perjuangannya itu mendapat bantahan daripada sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah daripada saudara-maranya sendiri.

Malah, Haji Mihad juga didakwa membawa ajaran baharu yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.

Lebih menarik, ‘Imam’ menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M.Nasir, Faizal Hussein, Vanida Imran, Natasha Charmain dan ramai lagi.

Penggambaran yang dilakukan sekitar Januari 2022 di beberapa buah lokasi seperti Lenggong dan Malim Nawar, Perak serta Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Kata Mior, filem ini tidak mengubah karya asal daripada novel walaupun mengakui bahawa agak sukar untuk mengadaptasi keseluruhan novel yang memiliki 705 halaman.

“Untuk filem ini, saya lebih banyak menumpukan kepada konflik yang berlaku antara watak Haji Mihad (M. Nasir) dan Haji Syamsuri (Faizal Hussein).

“Bagi saya, Imam adalah sebuah novel yang hebat, termasuklah Abdullah sendiri selaku pengarangnya,” jelasnya.

Mior juga berkongsi cabaran yang dihadapi ketika menghasilkan filem adaptasi ini iaitu berlaku empat kali rombakan skrip bermula tahun 2013 (draf pertama), 2016 (draf kedua dan ketiga) serta 2021 (draf keempat).

“Semasa skrip ini siap pada peringkat awal sekitar tahun 2013, saya sukar mencari penerbit yang berminat dan setelah itu saya mendiamkan diri sekitar 2016.

“Kemudian saya perkemaskan skrip Imam, tetapi masih sukar mendapatkan penerbit yang berminat. Akhirnya tiga tahun lepas saya ambil keputusan untuk menjadi penerbit dan bersyukur kerana usaha saya ini disokong oleh FINAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mior berharap agar filem ‘Imam’ mendapat sambutan baik masyarakat, apatah lagi novel ‘Imam’ itu sendiri pernah dinobatkan sebagai pemenang pertama Hadia Novel Nasional Utusan Melayu Public Bank Utusan Publication And Distributors 1992/1994.

Filem ‘Imam’ akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023
Filem Fri, 12 Apr 2019

盛天俊片场压力过大爆哭!陈子颖腻了演情侣

盛天俊首担年代剧男主,压力过大片场爆哭,让女友陈子颖很心疼!连续四次演情侣让两人直呼腻了“下次可演姐弟。”

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

演员Josiah林伟利跨界餐饮业!经营「熊黑堂」奶茶生意

出身自八度空间真人选秀节目《非常演员》的Josiah林伟利跨界餐饮业,经营「熊黑堂」奶茶生意。

Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

孙燕姿曝与老公维系婚姻秘诀:知道过分就道歉

孙燕姿昨日(17日)现身台北举办新专辑“首印会”,她透露自己和老公维系婚姻的祕诀,“其实我们都有自知之明,知道自己太过份,就道歉!”

error: Content is protected !!