Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal August 27, 2019 @ 10:11am

Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip Dengan WhatsApp

Bagaimana hendak menulis mesej di WhatsApp tanpa perlu menaip. Adakah perkara ini boleh dilakukan? Berita baik untuk semua, YA, kita boleh menulis mesej di WhatsApp tanpa perlu menaip. Dalam kata lain, kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan. Bagaimana hendak melakukannya? Teruskan membaca.

Syarat Menggunakan Fungsi Menaip dengan Suara

Anda harus mempunyai Internet Connection. Telefon bimbit anda mestilah mempunyai sambungan internet. Ini adalah syarat utama kerana anda akan menggunakan Google voice typing. Terdapat caranya jika anda mahu menggunakan fungsi menaip dengan suara tanpa memerlukan sambungan internet, tetapi cara ini tidak digalakkan atau diterangkan disini kerana ia melibatkan aktiviti ‘rooting’ yang mungkin akan merosakkan handphoneanda.

Telefon bimbit anda dalam keadaan yang baik. Maksud dalam keadaan yang baik sini adalah merujuk kepada fungsi mikrofon telefon anda. Sepatutnya setiap telefon harus mempunyai mikrofon yang baik..barulah lengkap sebagai telefon..

Berikut adalah caranya:

Cara-cara Untuk Menaip Mesej Menggunakan Suara

Langkah 1: Periksa kewujudan ‘Google voice typing’ dalam setting anda. Untuk android ia terletak di: Setting>System>Language & Input>Keyboard & Input methods. Sepatutnya setiap telefon bimbit pada masa kini mempunyai fungsi ‘Google voice typing’ ini. Jika ada teruskan

.

 

setting untuk input dan language android

Langkah 2: Buka aplikasi WhatsApp, masuk ke ruangan chat, tekan ruangan tulisan seperti biasa dan keyboard anda akan muncul.

ruangan menaip mesej whatsapp

Langkah 3: Tekan butang ‘Space’ atau jarak pada keyboard handphone anda dan tahan sehingga pilihan untuk menukar keyboard muncul seperti dibawah:

pop-up pilihan keyboard tekan tahan butang space

Langkah 4: Pilih ‘Google voice typing’. Lambang mikrofon dan Google akan muncul. Anda boleh cuba untuk bersuara dan lihat tulisan akan muncul. Jika anda menggunakan keyboard seperti TouchpalGoogle voice typing akan terus muncul tanpa anda perlu membuat pilihan.

 

google voice typing dalam whatsapp

Langkah 5: Untuk mengaktifkan Bahasa Malaysia, tekan setting (simbol gear) pada bahagian kiri simbol mikrofon. Tekan pilihan ‘Languages’ yang terletak pada bahagian paling atas, tik Bahasa Melayu dan save. ‘Google Voice typing‘ kini dapat mengenalpasti Bahasa Melayu.

Tips tambahan: Fungsi Google Voice typing ini tidak terbatas kepada WhatsApp sahaja. Anda boleh mencuba di platform mesej yang lain.

 

Sumber: infosantai.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Sep 2019

Rakyat Malaysia Lebih Suka Google Maps Dari Waze

mana satu pilihan anda waze atau google maps?

TECH Mon, 12 Nov 2018

Cara menggunakan Animoji dalam gaya iPhone

terdapat pilihan untuk menyimpan video di bahagian bawah skrin. Anda juga boleh berkongsi Animoji melalui pelbagai aplikasi media sosial yang anda miliki.

TECH Tue, 21 May 2019
TECH Mon, 23 Jul 2018

Promosi Streamxy Terbaru Dengan Kelajuan 4Mbps Dan 8 Mbps Mula Kelihatan

Bermula dari pertengahan Julai yang lalu, TM telah mengumumkan sejumlah penawaran serta naik taraf kepada pelanggan baru dan juga lama. Beberapa hari lepas pula, kelihatan satu penawaran baru untuk perkhidmatan Streamyx dimana promosi jalur lebar […]

TECH Wed, 11 Jul 2018

8 Jenis Pengecasan Pantas Diuji, Huawei SuperCharge Dinobatkan Sebagai Juara

Baru-baru ini, Hometop, sebuah majalah terbitan dari India telah menjalankan satu ujian bagi menentukan teknologi pengecasan pantas mana yang menawarkan sistem terbaik. Dalam ujian tersebut, sebanyak 8 jenis teknologi pengecasan pantas digunapakai iaitu, Huawei SuperCharge, […]

TECH Tue, 8 Oct 2019

Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Tema gelap Windows 10 ditambah baik sejak pertama kali ia diperkenalkan tahun lalu.

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

TECH Thu, 9 Jan 2020

Telefon Pertama Kamera Dijual Di Jepun 20 Tahun Yang Lalu

Apabila anda perhatikan pada telefon pintar yang dipasarkan sekarang, pelbagai lensa kamera digunakan. Ada yang turun naik dan tidak cukup dengan itu, bilangan lensa juga ditambah. Satu lensa, dua lensa, tiga lensa….. Tetapi pernahkan anda […]

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
TECH Thu, 12 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 9 akan diperkenalkan di Korea Selatan pada 24 Ogos ini, lapor sebuah portal tempatan ETNews semalam. Sekiranya ia berlaku, ini bermakna Note 9 telah dilancarkan lebih kurang 3 minggu lebih awal berbanding peranti sebelumnya, Note 8 […]

error: Content is protected !!