Euforia Bola 2026
Selebriti By: Padin November 17, 2023 @ 5:48pm

“Mereka Dah Bermaafan” – Ajai Bersyukur Hubungan Ayu, Nourul Depp Kembali Pulih

Komposer terkenal, Ajai, 48, memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah, 25, dengan bekas isteri, penyanyi Nourul Depp sudah kembali pulih.

Menurut penyanyi bernama Mohd Faizal Maas ini, Ayu dan Nurul sudah menghubungi dan saling bermohon maaf susulan isu yang berlaku sebelum ini.

“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya, dia dah hubungi mamanya. Mereka dah bermaafan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.

Ajai ditemui di majlis pelancaran single terbaharu Aufahanie, Saat Hilang Cintamu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambah Ajai, dia tidak pernah masuk campur isu yang tercetus antara Nourul dan ibunya sebelum ini.

“Bagi saya, dua-dua dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini, saya dah faham sangat. Apa pun yang jadi, mereka adalah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ajai turut menyokong hubungan cinta Ayu bersama anak lelaki kepada aktres Datin Seri Maria Farida, Mizan Ashley.

Penyanyi lagu Aku Cinta Aku Rindu ini turut tampil menjelaskan dakwaan anaknya tinggal bersama Maria sehingga menjadi punca perbalahan.

“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia dah ada kerja sendiri dalam bidang zoologi. Dia pun dah ada rumah sendiri.

“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.

“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami, Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” jelasnya.

Terdahulu, kapsyen yang dimuat naik Nourul menerusi Instagram milik Nourul mencetuskan tanda tanya selepas dia berkata dirinya telah ‘mati’ selepas membesarkan anak gadisnya.

Sekadar info, Ajai dan Nourul pernh mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kemudian bercerai pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah.

Nourul kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin kali kedua bersama jejaka Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan dengan tiga anak iaitu  Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Curang 6 Kali? Bekas Kekasih Maafkan Ismail Izzani

Tweet yang mendapat beribu like dan retweet daripada gadis berkenaan menimbulkan spekulasi negatif terhadap penyanyi tersebut

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林子祥9月重登云顶!用微笑征服粉丝的心

林子祥9月重登云顶世界舞台,势必用微笑征服粉丝的心!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Featured Mon, 10 Apr 2023
Events Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Kerjaya Sebagai Hos Semakin Rancak, Haidar Hasanudin Tak Lupa Bidang Lakonan

Semakin selesa dengan bidang pengacaraan, Haidar Hasanudin takkan lupa kerjaya lakonan.

Trending Fri, 26 Nov 2021

Sah Bergelar Suami Nik Nazira, Rupanya Yonnyboii Dah Berkahwin 20 November Lalu – “Saya Menikah Sehari Selepas Haqiem Rusli”

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, mengesahkan dirinya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunang, Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu. Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman […]

error: Content is protected !!