Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 12, 2023 @ 10:54am

“Mereka Penyokong Nombor 1 Saya” – Liyana Jasmay

Pelakon, penerbit dan pengarah Liyana Jasmay mengakui pemergian kedua-dua ibu bapanya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya sebagai anak seni.

Terdahulu, ibu Liyana, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon telah meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat, pada 12 Mei lalu.

Manakala, bapanya, Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah telah meninggal dunia pada 12 Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Menurut Liyana, mereka merupakan penyokong nombor satunya sepanjang dalam kerjaya seni dan sering menjadi pembakar semangatnya untuk terus melangkah.

“Mereka adalah penyokong nombor satu saya. Ketika saya hampir berputus asa dan penat, saya selalu ingat yang saya ada dua peminat terbaik di dunia iaitu ibu bapa saya.

“Mereka sudah tiada, tetapi saya perlu membuatkan mereka bangga sebab perjalanan sebagai anak seni, tidak mudah, ada naik turun.

“Ada orang sukakan kita hari ini dan ada juga tidak sukakan kita esok, jadi bagaimana nak kekal waras.

“Jadi, kewarasan saya adalah arwah ibu bapa saya. Dengan ingatan yang diberikan dan sudah tentu sekarang, saya mempunyai kakak, Adriana. Dia sentiasa bersama dengan saya,” katanya.

Kehilangan ibu bapa dalam tempoh 17 bulan, Liyana bagaimanapun menyatakan setiap memori dan didikan mereka sentiasa berada dalam ingatannya untuk terus kuat.

“Saya tidak menafikan terasa sangat akan kehilangan. Arwah bapa meninggal dunia 17 bulan sebelum arwah ibu. Mereka berdua memang sentiasa ada dalam hidup kami.

“Kami rapat, pagi-pagi sudah WhatsApp. Nak pergi bercuti pun berbincang. Jadi, ia adalah kehilangan besar buat saya dan keluarga.

“Namun, dengan kenangan yang ada membuatkan saya kuat. Saya fikir apa yang arwah korbankan untuk saya.

“Saya fikir boleh tak saya buat untuk anak-anak. Saya harap boleh melakukan perkara sama kepada dua cahaya mata.

“Saya sedih, tetapi memori seronok buat saya tersenyum seperti memori dibesarkan dan sebagainya. Kenangan bersama menjadikan siapa saya hari ini,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Nov 2025

“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin akhirnya tampil menjelaskan isu tular mengenai kenyataannya sebelum ini yang dianggap menormalisasikan budaya songsang.

Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Aedy Ashraf Titip Pesanan Kepada Golongan Lelaki – “Jangan Terlibat Dengan Forex”

Aedy Ashraf memberi nasihat daripada seorang lelaki kepada lelaki lain. 

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Doakan Kami! Dalam Dada Ni Macam-Macam Rasa” – Isteri Achey Kembali Jalani Rawatan IVF

Pasangan ini memohon doa orang ramai agar urusan IVF isterinay dipermudahkan.

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Jom Tengok Episod Khas Alif & Sofia Sempena Aidiladha Bermula 5-11 Ogos Ini!

Ikuti perkembangan Alif & Sofia di laman Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia atau melalui #AlifSofia di semua platform sosial.

Trending Wed, 26 Aug 2020
error: Content is protected !!