Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 12, 2018 @ 11:45am

Meskipun Seram, Ini Lima Lokasi Terbiar Wajib Dikunjungi Anda Jika Sudah Jejak Kaki Ke Sana!

Pernah ditinggalkan sepi tidak berpenghuni, lima lokasi ini akhirnya dimanfaatkan sebagai destinasi pelancongan.

Yang pastinya, anda hanya boleh merakamkan foto dari kejauhan dan tidak disarankan untuk memasuki bangunan yang terdapat di kawasan terbiar ini bagi tujuan keselamatan.

Anda pastinya kagum melihat foto-foto lima lokasi terbiar ini yang dalamnya seram dan membikin berdiri bulu roma, namun ia menjanjikan pemandangan cukup indah!

1. Old Castle- Sintra, Portugal

Foto: Hand Luggage Only

Terletak di daerah Sintra, Portugal, The Palace of Sintra adalah kawasan kerabat diraja Portugal yang telah ditinggalkan dan tidak berpenghuni sejak abad ke-15.

Tempat ini adalah tumpuan pelancong seluruh dunia dan juga sebahagian daripada landskap kebudayaan Portugal.

2. The Crystal Mill- Colorado, Amerika Syarikat

Foto: reddit.com

The Crystal Mill adalah tempat bersejarah yang juga dikenali sebagai The Sheep Mountain dan lokasi ini merupakan lokasi yang paling banyak dirakam di Colorado. Ianya dibina pada tahun 1892 dengan menggunakan 100% kayu jati dan kini disenaraikan sebagai lokasi sejarah. Menarik mengenai tempat ini ialah ia tidak mempunyai bekalan elektrik dan menggunakan kuasa kipas kincir air untuk menjana elektrik.

3. Taman Tema Terbiar – North Carolina, Amerika Syarikat

Foto: YouTube

Taman tema Land of Oz adalah sebuah taman tema hiburan yang terletak di Kora Beech Mountain, North Carolina. Ianya mula dibuka pada tahun 1870 dan beroperasi sehingga seabad lamanya.

Taman tema ini ditutup pada tahun 1980 selepas pemilik taman tema ini meninggal dunia dan taman tema ini terbiar begitu sahaja selepas itu. Malah beberapa harta awam di situ hilang dan turut dirosakkan.

4. Kapal Perang Terbiar- Fuerteventura, Canary Island

Foto: Harian Metro

Kapal perang terbiar milik Amerika Syarikat ini musnah dan ditinggalkan di Canary Islands. Dikenali sebagai ‘SS America’, ianya dibina pada tahun 1940 dan musnah tanpa sebab yang jelas pada tahun 1994. Kapal ini mempunyai panjang dan kelebaran sepanjang 220.14 meter.

5. Perkampungan Nelayan- Yangtze River, China

Foto: stalkers.info

Perkampungan nelayan ini dahulunya pernah didiami oleh lebih 2000 nelayan. Perkampungan ini terletak di salah satu daripada 400 pulau kecil di Pulau Shengsi, China.

Perkampungan ini menjadi terbiar setelah penduduk di situ berpindah keluar sekitar tahun 1990 kerana mahukan kemajuan dari segi pendidikan dan atas alasan bekalan makanan.

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Eat Travel Wed, 22 May 2019

Nak tahu rahsia kekalkan kesegaran potongan buah? Ini petuanya!

Kalau buah nampak lebam, mesti kita tak nak makan betul tak?

Eat Travel Sun, 31 May 2020

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Tidak perlu ke Siam untuk menikmati pasar dalam sungai

Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Sun, 30 Sep 2018
Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Elak daun kesum layu, kekalkan kesegaran seperti baru dipetik

Kaedah ringkas pastikan daun kesum kekal beraroma

Eat Travel Wed, 10 Apr 2019

Ingin lari dari kesibukan kota? Ini senarai 3 pulau di Terengganu untuk anda kunjungi!

Sediakan cermin mata gelap dan krim pelindung matahari untuk kepuasan maksima.

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Sebelum Melancong Ke Tokyo, Belajar Dulu Tentang Etika Dan Budaya Orang Jepun

Mereka terkenal dengan budaya sopan, jadi apa salahnya kalau kita hormati gaya hidup mereka bila kita di sana?

error: Content is protected !!