Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd May 8, 2020 @ 1:49pm

Miskin Terlampau, Tinggal Di Kawasan Penuh Binatang- Apa Nasib Ramadan Di Gaza?

Beruntung kita rakyat Malaysia masih mampu menyambut bulan Ramadan yang mulia, masih mampu menjamu juadah berbuka penuh selera di atas meja, walaupun dalam menghadapi PKP ini.

Namun, pada ketika ini apakah kita sedar akan nasib segelintir saudara seagama kita? Kehidupan mereka penuh keperitan, penuh tragis, hanya mampu merintih memanjatkan doa buatNya, di satu sudut bumi terpencil di Gaza.

Miskin terlampau, tinggal di kawasan penuh binatang, biawak dan tikus

Sejak puluhan tahun lalu, hampir dua juta penduduk wilayah di Gaza terpaksa menghadapi bulan Ramadan dalam keadaan yang sungguh memeritkan. Keadaan ekonomi yang terburuk menambah lagi penderitaan hidup yang ditanggung mereka. 

Asyraf Elwa, Pegawai Media Humanitarian Care Malaysia di Gaza berkongsi realiti sebenar kehidupan di Gaza,

“Lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Seorang setiap dua penduduknya hidup dibawah paras kemiskinan dan 70 peratus golongan muda menggangur. Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 65.6 peratus. Daripada jumlah itu, 33.8 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau”

image.png
Usamah, 5, terpegun dengan Face Mask yang dipakai oleh sukarelawan MyCARE ketika menyampaikan bantuan pek makanan.
Kredit foto: MyCARE

Tambah Asyraf lagi,“di kawasan ini terdapat 100 buah keluarga miskin dan setiap keluarga terdiri daripada 7 orang. Mereka tidak mempunyai rumah yang selamat serta bekalan makanan harian dan sukar untuk mendapatkan air bersih, mereka juga tinggal dikawasan yang penuh dengan binatang-binatang seperti biawak dan tikus kerana kawasaan itu adalah tempat pembuangan sampah. Pihak kami juga mendapati kanak-kanak hanya memakai pakaian yang koyak”

image.png
Keadaan Kawasan penempatan yang didiami oleh 100 buah keluarga di Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza. Sekitar kawasan ini adalah tempat pembuangan sampah.
Kredit foto: MyCARE

Menurut Asyraf, sejak 5 tahun lalu pihak MyCARE Gaza memberikan bantuan kemanusiaan berupa pek makanan dan air bersih kepada keluarga-keluarga yang dikategorikan “miskin terlampau” di kawasan Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza.

Hulurkan tangan, ringankan beban

Tidak apa yang lebih berharga selain daripada membantu meringankan beban mereka.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Gaza pihak MyCARE telah melancarkan kempen MyRamadan yang bermula 19 April 2020 sehingga 23 Mei 2020 bagi membantu penduduk miskin di Gaza untuk terus mendapat bekalan makanan bagi kelangsungan hidup.

image.png
Para petugas Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) Gaza mengagihkan bantuan pek iftar dan pek berbuka kepada 100 buah keluarga miskin di kawasan Nahrul Baarid, Semenanjung Gaza.
Kredit foto: MyCARE

Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) menyeru orang ramai untuk terus menyumbang kepada tabung MyRamadan bagi membantu penduduk miskin Gaza.

image.png

Walaupun hanya sekelumit sumbangan, namun besar ertinya buat mereka. Sesungguhnya, besar ganjaran pahala buat mereka yang membantu saudara seislam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Featured Fri, 11 Apr 2025

Beraya Di Johor, Irfan Haris Bongkar Kisah Disebalik ‘Velocity Cinta’ Fattah Amin & Amira Othman – “Tak Sangka Abang Long Bagi Mini Love”

Pada mulanya Irfan terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak

Featured Fri, 15 Sep 2023
Drama Tue, 3 Mar 2026

Kerana Cinta Itu Dusta

Kerana Cinta Itu Dusta merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda. Drama ini mengangkat tema pengkhianatan perkahwinan, konflik sahabat baik dan tekanan media sosial dalam dunia influencer moden.

Trending Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Lama tak dengar khabar Intan Sarafina.

error: Content is protected !!