Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 20, 2021 @ 9:37pm

“Mohon Agar Penyebaran Video Terbabit Dihentikan Serta Merta” – Isu Fauzi Nawawi & Raja Farah, Khir Rahman Minta Maaf Di IG

Terpalit dalam isu yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, pelakon Khir Rahman tampil memohon maaf menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Rakaman sebuah program yang diacarakan oleh Khir bersama Shuk Sahar tular di laman sosial selepas netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Fauzi yang dianggap mengaibkan Raja Farah.

Fauzi menceritakan kembali detik melakonkan adegan rogol yang melibatkan dirinya bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal yang dterbitkan pada tahun 2007.

ARTIKEL BERKAITAN: Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Menerusi hantaran terbabit, Khir sekali lagi memohon maaf kepada aktres itu.

Khir juga bersyukur kerana Raja Farah dan suaminya memaafkan kekhilafan yang dilakukan.

“Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana empunya badan dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran saya.

“Justeru, saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau. Bahawa saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka aib sesiapa

“Sedikit pencerahan, sebagai ‘sauh’, tugas saya dan beberapa teman mengacara adalah untuk mencungkil cerita-cerita yang belum pernah diceritakan oleh tetamu di platform lain (rancangan lain). Ada masanya berjaya dicungkil dan ada masanya tidak.

“Kebanyakan tetamu sangat sporting dan telah memberi kerjasama yang baik. Saya percaya mereka yang pernah menonton rancangan ini sangat hargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita. Kita ketawa dan menangis bersama menontonnya.

“Oleh kerana itu saya juga percaya semua pihak bersetuju untuk merakam terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung. Tujuannya supaya ada bahagian-bahagian / keterlanjuran kata-kata boleh ditapis.

“Saya secara peribadi, sebagai pengkarya Muslim, tak mungkin akan memperlekeh atau meraikan isu yang diperbualkan. Ini kerana saya sendiri sering mempersoalkan isu ini, maksud saya berkenaan babak-babak 18SG / 18SX dalam pengkaryaan seorang Muslim,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khir juga memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan video terbabit.

“Secara peribadi juga, saya mohon agar penyebaran video tersebut dihentikan serta merta. Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati pada mana-mana pihak. Namun penularan video tersebut mesti dihentikan segera. Ada keterlanjuran dan maruah yg perlu kita sama-sama jaga.

“Sedikit persoalan, sepengetahuan saya, kebanyakan tetamu banyak berkongsi kisah nakal dan aib mereka demi menjadi pengajaran buat masyarakat (mengapa yang ini diviralkan). Akhir kata ..BERIBU AMPUN dari saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Terdahulu, Fauzi juga telah memohon maaf atas apa yang terjadi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Mar 2018

Cinta Neelofa Dan Hans Isaac Berputik Semula? Ini Komen Neelofa

Sejak itu, tiada berita langsung tentang hubungan mereka sampailah Sabtu lepas apabila mereka berdua dilaporkan telah pergi menonton konsert John Legend di Genting Highlands bersama.

Featured Wed, 22 Oct 2025

Neelofa Pasang Target Hafal 70 Doa Nabi – “Kita Tak Pernah Lambat Untuk Mula”

Neelofa memaklumkan dia kini dalam proses menghafal beberapa doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Nabi.

Trending Wed, 20 Mar 2019

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Wah sama cantik, sama padan 😍 Congrats BCL!

error: Content is protected !!