Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 12, 2022 @ 3:11pm

Mohon Maaf & Mahu Sertai Kelas PR, Pengurus Khairul Aming Letak Jawatan

Pengurus kepada pempengaruh media sosial Khairul Aming yang dikenali sebagai Faddy membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap isu yang mendakwa dirinya sombong.

Menerusi perkongsian di media sosial peribadi milik Faddy, dia mengakui kesilapannya tempoh hari dan memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi.

“Saya ingin membuat penjelasan mengenai isu yang tular baru-baru ini berhubung isu Khairul Aming di media sosial. Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang pernah berkerjasama dengan saya secara terus atau tidak terus.

“Saya akui saya mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan. Buat masa ini, saya akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang.

“Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini. Banyak pengajaran yang telah saya belajar sewaktu penularan isu ini,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Faddy juga memaklumkan dirinya tidak lagi mempunyai kaitan dengan pempengaruh tersebut.

“Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah tiada kaitan kerja dengan Khairul Aming selepas insiden penularan ini berlaku. Dia juga sedang mencari pengganti yang baharu untuk kendalikan semua kerja dia.

“Jadi semua media sosial saya ini hanya untuk personal saya sahaja dan tiada kaitan dah dengan karier dia,” jelasnya.

Bekas pengurus itu turut memaklumkan akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan menyertai kelas perhubungan awam (PR).

“Moving forward pula, untuk personal saya sendiri, saya akan perbaiki kemahiran komunikasi saya dengan menyertai kelas-kelas PR dan kelas yang berkaitan,” ujarnya.

Dia juga berharap agar isu berkenaan tidak diperbesarkan lagi.

“Akhir kata, yang buruk memang datang daripada saya sendiri dan kejadian ini telah menyebabkan saya untuk lebih insaf mengingati Allah.

“Saya mohon jasa baik semua untuk tidak lagi membincangkan hal ini dan diharapkan dari kerjasama semua orang. Sekian, terima kasih banyak-banyak,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Mar 2020
Trending Fri, 1 Oct 2021

Azzam Sham Selamat Bertunang Dengan Sheryl Shazwanie

Penyanyi muda, Azzam Sham, 24, selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, semalam. Selepas menjalin hubungan cinta, Azzam dan Sheryl melangkah ke fasa seterusnya dan memilih ulang tahun kelahiran Sheryl sebagai tarikh istimewa pertunangan […]

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Events Thu, 2 Jan 2020

「小巨肺」李佩玲与玛莎狂飙高音!嗨翻全场迎接新年

李佩玲和玛莎携手再登云顶云星剧场开唱!年仅19岁的两人不仅频频飙高音让歌迷听得过瘾,更是挑战多种语言和年代的歌曲,让全场嗨翻天迎接2020年。

Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Mon, 12 Mar 2018

Terlalu Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Persembahan

Penyanyi terkenal, Ziana Zain tidak mampu menahan air mata ketika menanyikan lagu popularnya, Puncak Kasih pada Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot semalam. Ziana tidak mampu meneruskan nyanyian dan hanya membiarkan muzik berlalu begitu sahaja. Walaupun begitu, penonton yang menyaksikan persembahan tersebut tetap memberi kata-kata semangat dan join menyanyi sekali. 

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

Featured Mon, 28 Aug 2023
error: Content is protected !!