Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 1, 2024 @ 12:59am

Momento Serlah Keserasian Ika Mustafa & Aqmal Ramdan

“Lautan biru dipukul ombak rindu. Jiwa aku dihanyut kenangan pilu, Lalu kau hadir bawa rasa baru. Matahari jelita pancaran mu, Ingin ku mengenali diri mu.”

Lirik yang indah membuai rasa… Begitulah perasaan yang dibawa oleh lagu terbaru Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan berjudul ‘Momento’.

Kolaborasi mereka yang luar biasa melalui lagu duet ini mencetuskan keajaiban, seolah-olah membawa pendengar kembali ke momen awal percintaan, penuh dengan debaran dan rasa yang mendalam.

Lagu ini diterbitkan oleh Alternate Records & Talents, dengan komposer berbakat Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh di sebalik pembikinan karya ini.

‘Momento’ bukan sekadar sebuah lagu cinta, tetapi kisah tentang momen manis yang dilakarkan pada awal percintaan, detik-detik kecil yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup setiap individu yang mendengar.

Dengan sentuhan magis Firdaus Rahmat, lirik dan melodi ‘Momento’ dicipta untuk menjadi sebuah nostalgia yang kekal di hati.

Keserasian luar biasa antara penyanyi berbakat Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan dalam lagu ‘Momento’ yang bergenre pop ini bersesuaian dengan karakter mereka berdua yang ceria serta keunikan nada suara mereka yang sesuai menyampaikan genre muzik seperti ini.

Dengan gabungan vokal yang saling melengkapi, mereka berjaya mencipta satu keajaiban alunan muzik yang mampu menghidupkan kembali detik-detik indah percintaan, sambil mengalun mesra ke dalam jiwa pendengar.

Selaku komposer, Firdaus Rahmat menjelaskan idea di sebalik Momento.

“Inspirasi untuk lagu ‘Momento’ tercetus daripada pengalaman setiap individu yang pernah merasai keindahan detik awal bercinta. Saya memilih Aqmal dan Ika kerana keunikan suara Aqmal yang rendah dan kemas berpadu dengan suara Ika yang lunak dan tinggi, mencipta harmoni yang sangat memikat.

“Keserasian vokal mereka yang saling melengkapi, membuatkan sesi rakaman sangat lancar dan menyeronokkan. Aqmal dan Ika menunjukkan dedikasi dan semangat kerja yang tinggi sepanjang proses rakaman, memberikan hasil akhir yang cukup memuaskan.

“Kedua-duanya sangat profesional, tahu menggunakan kebolehan masing-masing dan sentiasa memperbaiki kelemahan. Saya berharap ‘Momento’ dapat menjadi kenangan manis untuk setiap pendengar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di fasa awal percintaan. Dengan lirik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, lagu ini mampu menjadi satu nostalgia cinta yang akan terus diingati,” katanya.

Manakala, Ika yang merupakan peserta Program Lagu Cinta Kita Musim Ke 3 di TV3 meluahkan rasa terujanya yang mendalam selepas kali pertama mendengar demo lagu ino.

“Ini adalah lagu pertama saya berduet. Dari saat pertama mendengar demo, saya terpikat dengan lirik dan melodi yang sangat comel untuk pasangan bercinta, yang sangat menenangkan. Disamping itu, bekerja dengan Firdaus Rahmat, sangat menyeronokkan, beliau memberi ruang untuk kami mengekspresikan kreativiti masing-masing.”

“Cabaran utama saya adalah membina chemistry dengan Aqmal, kerana lagu ini mempunyai makna yang sangat powerful dan berkait rapat dengan perasaan bercinta yang dialami oleh semua generasi. Alhamdulillah, kami berjaya menghasilkan sinergi yang harmoni, berkat sikap Aqmal yang ceria, kelakar dan mudah bergaul menjadikan setiap momen di studio penuh keceriaan dan keseronokan,” kata Ika.

Menurut Aqmal Ramdan, yang merupakan Naib Juara program Terpaling Juara, dia gembira kerana dapat muncul dengan single duet ini.

“Lagu ‘Momento’ adalah single ketiga saya bersama Alternate Records selepas ‘Seindah Kasih’ dan ‘Only With You’. Lagu ini sangat serasi dengan jiwa saya, dan saya gembira dapat menyumbangkan suara dalam sebuah karya yang penuh makna ini.

“Saya berharap ‘Momento’ dapat diterima oleh semua pendengar, terutamanya mereka yang sedang mengalami detik awal percintaan. Melodi dan liriknya sangat menyentuh, dan saya percaya ia akan menjadi lagu yang kekal dalam ingatan.

“Saya bersyukur kerana Alternate Records sekali lagi memberi peluang dan kepercayaan untuk lagu ini, memperkukuh kerjasama yang telah terbina,” katanya.

Aqmal dan Ika berpendapat bahawa ‘Momento’ adalah lagu yang wajib didengari oleh setiap pasangan bercinta dan menjadi siulan ramai. Harapan mereka agar ‘Momento’ mampu meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap telinga yang mendengarnya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang dilamun cinta.

Lagu ini juga menjadi runut bunyi (OST) bagi drama “My Stolen First Kiss” yang sedang hangat bersiaran di Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati alunan indah ‘Momento’ nyanyian Ika Mustafa dan Aqmal Hamdan yang kini telah berkumandang di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Sampai Kat Gambar Dia, Kemain Helok!” – Netizen Terhibur Lihat Idzham Ismail Throwback Gambar Filem Juvana

Umum mengetahui, filem Juvana merupakan naskhah yang mendapat sambutan ramai penonton dan telah memberi banyak mesej dan pengajaran kepada orang ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Idzham Ismail di laman TikTok […]

Featured Thu, 9 Jun 2022
Events Wed, 21 Jan 2026

Bukan Sekadar Filem, The Voice of Hind Rajab Cetus Gelombang Kemanusiaan.. Raih 39,000 Tontonan

Filem dokudrama berteraskan kemanusiaan, The Voice of Hind Rajab terus menerima sambutan memberangsangkan.

Featured Tue, 7 Jan 2025

Tipikal & Klise, Juliana Evans Tolak Watak Penyondol – “Watak Tu Merendahkan Wanita”

Katanya, watak tersebut terlalu klise dan menjatuhkan martabat seorang wanita

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia… Tabah ya Kak Ziana, Insha Allah ada pengakhiran terbaik!

Hiburan Wed, 23 Jul 2025
error: Content is protected !!