Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 3:41pm

Mona Allen Tak Kisah Bawa Watak Antagonis Dengan Imej Terkini

Pelakon Mona Allen menyatakan dia tidak kisah sekiranya dirinya masih ditawarkan untuk membawa watak antagonis biarpun kini sudah berhijab.

Menurut Mona, watak itu yang membuatkan dia dikenali ramai bahkan ia sudah sebati dalam dirinya demi menjayakan sesuatu drama.

“Masih sama rasanya sebab orang kenal saya dengan watak antagonis. Kalau bawa watak baik orang tak rasa jadi kita ikut permintaan orang juga.

“Tapi saya pilih jugalah, kita tak boleh nak buat macam dulu seksi-seksi. Kita tengoklah watak-watak yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Mona juga yakin dirinya mampu berhadapan dengan kecaman penonton sekiranya watak antagonis yang dijayakannya dengan penampilan terkini menjadi.

“Walaupun dah bertudung saya rasa orang sekarang dah pandai judge dah itu adalah lakonan. Saya tak takut pun dikecam sebab ada lagi pelakon lain diluar sana yang bertudung bawa watak jahat,” jelasnya.

Sebelum ini, isteri kepada Pekin Ibrahim itu sempat menyatakan dirinya belum bersedia untuk kembali aktif dalam industri lakonan kerana ingin membesarkan anak sulungnya, Petra Pekin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen Belum Sedia Kembali Berlakon, Ingin Fokus Besarkan Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Hiburan Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Featured Mon, 23 Jun 2025

“Bang*ngnya Doktor Ni, Cucu Aku Sampai Insecure” – Rosyam Nor Bengang Jari Cucu Alami Kecacatan

Rosyam Nor berang apabila berkongsi mengenai keadaan cucunya yang mengalami kecacatan jari tangan akibat kecuaian doktor.

Featured Tue, 1 Jul 2025

“Saya Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu Pada Hari Raya”- Azhan Rani Sebak, Kenang Arwah Bapa

Azhan Rani mendedahkan dia sudah lama tidak memakai baju Melayu setiap kali sambutan Hari Raya.

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kris Wu Releases New Single and Returns to The Rap of China

Rap of China will be coming to Malaysia too!

error: Content is protected !!