Hiburan By: Attiqah Mohd August 20, 2019 @ 3:40pm

“Dia Memang Gentleman”- Reaksi Netizen Bila Alif Satar Pertahankan Sherry Al-Hadad Daripada ‘Body Shaming’

Nasib je Alif Satar ni dah kahwin kan.. 

Pengacara dan pelakon versatil, Alif Satar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen kerana sikap dan karakter ‘gentleman’ yang ditonjolkan beliau. Terbaru, dalam sebuah program realiti, Alif Satar mempertahankan rakan pengacaranya, Sherry Al-Hadad daripada menjadi mangsa ‘body shaming’ dalam satu rancangan realiti program yang bersiaran secara langsung. 

Dalam sebuah program realiti yang menampilkan Alif Satar dan Sherry Al Hadad sebagai pengacara, tindakan Alif Satar yang mempertahankan Sherry apabila digelar “big”oleh Mark Adam membuatkan rata-rata netizen kagum dengan sikap beliau, bukan sahaja dianggap bijak malah sangat menghormati wanita.

Netizen di Twitter turut mengagumi sikap Alif Satar yang dikatakan “quick to react”

Mark Adam yang dijemput sebagai juri telah memberikan komen berbaur “body shaming” kepada salah seorang peserta rancangan itu dengan mengatakan “peluang ini sangat besar, pengacaranya pun juga “besar”, tindakan itu mencetuskan elak ketawa daripada para penonton sebelum Alif Satar membalas “maksud awak, dia berbakat besar”. 

Tindakan Alif Satar itu menerima tepukan daripada para penonton. Mark Adam juga dilihat kesal dengan jenakanya itu dan meminta maaf secara terbuka kepada Sherry Al-Hadad. 

Harapnya lebih ramai la lelaki di luar sana yang mencontohi sikap “gentleman” Alif ye. ‘Body shaming’ atau segala bentuk jenaka yang sensitif dianggap satu tindakan buli. Buat Mark Adam, fikir dulu sebelum bercakap tau! kita manusia biar beradab dan jangat sesekali biadab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Kembali Bercinta, Gigi Hadid Dah Jumpa Pengganti Zayn Malik?

Gigi menerusi Twitter memuatnaik sebuah status menafikan berita percintaan mereka.

Acara Mon, 6 Mar 2023
FESYEN Fri, 11 May 2018

Amar Baharin & Amyra Rosli Raya Dengan 30 Pasang Baju

30 pasang baju raya maksudnya satu hari satu lah .. Untungnya badan

Events Wed, 30 Jan 2019

Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Jom imbau kenangan bersama Spanar Jaya X

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

APLIKASI SHAZAM KINI BERSAMA APPLE

Lepasni, kesemua pengguna dan penggemar jenama Apple dan Shazam boleh memuat naik terus lagu-lagu kegemaran mereka sepantas yang mungkin