Hiburan By: Del14 September 12, 2019 @ 9:57am

Fazura Terpaksa Selektif Kerana?

Rasa tidak sabar untuk menonton filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak yang akan ditayangkan pada 12 September nanti kerana sudah lama Fazura tidak berlakon di dalam mana-mana drama ataupun filem. Filem terakhirnya adalah Ayat-Ayat Cinta yang ditayangkan 2 tahun lalu. Sejak akhir-akhir ini Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin lebih mengutamakan kerjayanya di dalam bidang fesyen di bawah label ‘Fazbulous’, bidang nyanyian dan menjadi isteri mithali kepada ‘hubsbaby’ kesayangannya, Fattah Amin. 

Dendam Pontianak filem terbaharu lakonan Nur Fazura ditayangkan serentak hari ini

 

Menurut Fazura, dia bukan lah tidak mahu berlakon lagi tetapi dia lebih selektif  di dalam memilih skrip drama atau filem yang dianggap tidak ‘tipikal’ atau ‘stereotaip”.  Setelah 15 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, pelakon yang berasal dari Pekan Pahang ini merasakan dia sering disogokkan dengan watak-watak dan jalan cerita yang sama yang kurang mencabar. 

 

“Pada fasa sekarang, limpahan glamor atau populariti bukan lagi keutamaan.  Saya masih ingin belakon, terutama drama, namun melihat aliran terkini yang masih mengekalkan tema cinta stereotaip, membuatkan saya terpaksa melupakannya buat seketika.

 

“Saya lebih rela tidak berlakon jika drama kita masih pada takuk sama. Prinsip saya, biarlah tidak selalu muncul di skrin televisyen asalkan naskah yang saya jayakan mampu memberi impak kepada penonton dan berbeza daripada apa yang sering disajikan. Saya tidak akan menggadai prinsip itu hanya kerana mahu kelihatan relevan, sedangkan hasilnya nanti langsung tidak memuaskan hati,” katanya kepada BH Online.

Fazura semasa tayangan perdana filem Dendam Pontianak di Malaysia baru-baru ini

Jelas Fazura lagi dia lebih bersedia untuk membaiki mutu lakonannya tiada siapa akan mempertikaikan kemampuannya sebagai pelakon jika dia betul-betul bagus dan dapat watak-watak yang mempunyai variasi. 

 

“Bagi saya, daripada sibuk membuktikan diri sebagai artis paling laris mendapat tawaran berlakon, lebih baik saya fokus kepada usaha memperbaiki mutu lakonan.

 

“Saya lebih suka orang melihat bakat lakonan, karya dan jalan cerita filem yang saya jayakan,” katanya. Oleh sebab itu Fazura telah bersetuju untuk melakonkan watak Mina di dalam filem Dendam Pontianak kerana jalan ceritanya berlainan daripada filem-filem pontianak sebelum ini.  Jom penuhkan wayang hari ini kalau rindukan lakonan Fazura ok?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Bertahun-Tahun Simpan Duit, Meerqeen Syukur Angan-Angan Miliki Mercedez Benz G-Class Jadi Kenyataan

Kagum betul dengan Meerqeen, berdikari dan sangat kerja keras🫡

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Filem Wed, 13 Dec 2023

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Bakal Ditayangkan Pada 11 Januari, Nama Pengarah Masih Dirahsiakan?

Tak sabarnya nak tengok filem Pendekar Awang! Tengok trailer pun dah best!