Hiburan By: Del14 October 2, 2019 @ 4:32pm

Gandingan Hebat Kolaborasi Ibu Dan Anak, Young And Glow X Neelofa

Setelah sibuk ke sana ke mari sepanjang minggu fesyen di New York, Paris, dan Milan, ikon gaya dan usahawan hijab popular, Neelofa kini hadir dengan koleksi lip-matte baharu menerusi kerjasama perdana bersama ibu tercinta, Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Young & Glow X Neelofa.

Menampilkan enam rona berbeza, warna-warna memikat Young & Glow X Neelofa ini dinamakan secara unik dan catchy sesuai mengikut sisi peribadinya sebagai usahawan dan anak seni. Keenam-enam nama yang dipilih mempunyai makna yang istimewa di dalam hidup selebriti bernama Noor Neelofa binti Mohd Noor ini. 

Enam warna tersebut adalah Lotus, MRSM, Tiga, Aquarius, Nona dan Kelantan.

“Lotus atau teratai merupakan maksud di sebalik nama saya sendiri. Walaupun ejaan asalnya, Nilufar membawa maksud teratai biru, namun, ia secara keseluruhan memakili nama saya.

“MRSM pula merupakan tempat di mana saya menimba ilmu, iaitu MRSM Langkawi sementara Tiga pula mewakili status saya sebagai anak ketiga dalam keluarga,” ujar Neelofa.

Personaliti yang turut diberi gelaran mogul fesyen itu turut menerangkan, nama Aquarius, Nona dan Kelantan dipilih kerana nilai sentimental yang ada pada ketiga-tiganya.

“Seperti semua sedia maklum, Aquarius merupakan zodiak kelahiran.

“Manakala penglibatan saya sebagai pengacara Nona pula dilihat telah berjaya memacu kerjaya seni dan bisnes sehingga ke hari ini.

“Untuk rona terakhir, saya memilih Kelantan memandangkan saya dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan,” katanya.

Mengenai kuantiti jualan Young & Glow X Neelofa, Neelofa menjelaskan, 50,000 unit lip-matte telah pun ditempah sebelum koleksi berkenaan dilancarkan pada Jumaat ini.

“Kami mengeluarkan lip-matte ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Jika koleksi pertama ini habis, kami tidak akan mengulang edar.

“Hal ini kerana, kami akan mengeluarkan warna yang berbeza pada koleksi yang akan datang,” katanya lagi.

Bagi yang menyukai rona-rona perang, ‘blush’ atau ‘nude’, nah! Koleksi pertama ini untuk kamu! Sejujurnya, warna-warna dalam keluaran lip-matte ini harus berada di dalam tas tangan setiap ‘fashionista‘! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Kurang Aktif Di Media Sosial, Hael Husaini Sibuk Jaga 3 Anak

Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui kebelakangan ini dia mengambil pendekatan untuk kurang aktif di media sosial. Menggunakan masa di rumah untuk menguruskan tiga orang anak angkatnya, pelantun lagu Jampi ini juga kurang berkongsi mengenai […]

Featured Mon, 21 Feb 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Wowwww! Kreatifnya Anju, ibu ibu boleh guna cara ni jugaaa. Min terhiburrr 🤣🤣🤣

Featured Mon, 21 Aug 2023