Events By: Salma Syahbuddin February 11, 2018 @ 5:19pm

HAEL BERJAYA JAMPI KEPUTUSAN JURI?

Akhirmya teka-teki telahpun terjawab apabila Hael Husaini diangkat sebagai Anugerah Juara Lagu 32 pada Ahad.

Hael yang membawakan lagu Jampi semestinya ditunggu-tunggu oleh para peminat mahupun penonton yang hadir membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. Dengan arrangement lagu yang nyata cukup luar biasa ditemani dengan efek LED membantu menghidupkan lagi persembahan Hael pada malam tersebut.

Kemenangan Hael ini seterusnya membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50k, voucer CJ Wow Shop bernilai RM10K, berserta trofi. 

persembahan cukup memukau berjaya Jampi penonton

Manakala, Naib Juara pula adalah milik lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan berjudul Sejati yang dinyanyikan oleh Azmi Caliph Buskers. Mereka turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM35K berserta trofi. Dan, lagu Tergantung Sepi hasil ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haq.iem Rusli ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM20K dan trofi.

Azmi Caliph Buskers berjaya menjadi Naib Juara AJL32 menerusi lagu Sejati

Sementara itu, gandingan mantap Syamel dan Erni Zakri berjaya memukau para penonton dengan gabungan vokal yang cukup padu menerusi lagu Aku Cinta seterusnya melayakkan mereka memenangi Persembahan Vokal Terbaik dan membawa pulang hadah wang tunai berjumlah RM12K, trofi dan voucer CJWOW Shop bernilai RM2K. 

Gandingan mantap dan Syamel dan Erni menerusi lagu Aku Cinta

Seperti sudah diramal, Persembahan Terbaik berjaya dimiliki oleh Altimet menerusi lagu Amboi. Persembahan yang begitu bersahaja dan dianggap sebagai ‘release tension’ ini sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM12K dan sebuah telefon pintar jenis Samsung Galaxy A8 berserta trofi. 

Persembahan release tension berjaya pikat hati penonton

Dan, penyanyi lagu Bayang iaitu Khai Bahar dianugerahkan sebagai Penyanyi Pilihan Samsung dengan membawa pulang sebuah telefon pintar Samsung A8+ dan juga trofi. 

Vokal Khai diuji pada AJL32 kali ini

Sementara itu, persembahan pembukaan telah dihangatkan lagi dengan persembahan mantap Stacy menerusi lagu Aku Stacy, Aku Bosan, dan Pakai Buang.

Apa yang menariknya pada AJL32 kali ini ialah, persembahan penutup yang begitu colorful menerusi lagu Pop Yeh Yeh seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku diangkat semula buat pertama kalinya. Kesemua lagu Pop Yeh Yeh ini turut menampilkan penyanyi asal seperti Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie, dan Siti Sarah. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

Kalau dah jodoh, why not kan?

Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Sun, 1 Oct 2023
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Dia Band Tukar Vokalis Lagi?

Ia soal komitmen. Yazid juga memiliki single sendiri. Kumpulan kami perlu mengorak langkah ke hadapan dengan komitmen. Tiada soal perselisihan faham atau sebagainya.