Trending By: Salma Syahbuddin November 5, 2019 @ 11:42am

Lazada 11: 11 Shopping Festival Kembali Lagi Dengan Pelbagai Jenama Terkemuka, Dan Berhibur Bersama K-Pop Star- APink!

Dengan 16 jenama antarabangsa dan tempatan menjadikan Lazada Malaysia sebagai pilihan platform eDagang eksklusif peminatnya di rantau ini. Dan, sempena Lazada 11 :11 Shopping festival yang akan berlangsung pada 10 November ini, pastinya ia akan memukau penonton dengan persembahan artis Kpop terkenal, APink dan ramai lagi artis popular tanah air.

Yang menariknya, pelanggan dapat mengalami pembelian yang lebih pantas dan lancar, serta memberi lebih
ganjaran dengan HANYA menggunakan Lazada Wallet, sambil menikmati konsep membeli-belah sambil berhibur.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, ini adalah tahun ke-7 11:11 berlangsung di Malaysia semenjak pesta beli belah popular global ini diperkenalkan pada tahun 2012.

“Kami begitu bangga kerana Lazada berjaya menjadikan 11.11 sebagai salah satu peneraju industri utama, yang telah mengubah cara pengguna membeli-belah dan cara peniaga menjalankan perniagaan mereka. Lazada 11.11 Shopping Festival telah memainkan peranan penting dalam perkembangan industri eDagang di Malaysia, yang dijangka akan menyumbang lebih RM100 bilion kepada KDNK Malaysia pada 2020″ Katanya.

Tawaran Mesti Beli dan tawaran eksklusif kepada Lazada, pra-tempah barangan dengan harga terendah dengan Chup Dulu dan pelbagai cara-cara hebat yang lain untuk lebih penjimatan hebat!

Pelbagai jenama antarabangsa yang akan menjadi sebahagian daripada festival shopping 11:11 ini antaranya termasuklah Apple, Bobbi Brown,Benefit Cosmetics dan banyak lagi.

Dan, antara artis yang bakal menggamitkan suasana pada 10 November 2019 nanti adalah, Hujan, Man Bai, Ayda Jebat, Hael Husaini, Ismail Izzani, Siti Nordiana, Naim Daniel, K-Clique dan artis dari Indonesia, Cinta Laura.

Dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Lazada 11.11 Super Show kembali sebelum detik tibanya acara jualan tahunan terbesar Lazada melalui Penstriman Secara Langsung di aplikasi Lazada dan akan disiarkan juga secara langsung dipelbagai saluran Media Prima iaitu TV3, platform dalam talian Tonton dan saluran Youtube TV3.

Semasa Super Show berlangsung, penonton bakal berpeluang memenangi baucar eksklusif bernilai sehingga RM1,000 dengan menyertai permainan interaktif Voucher Rain di aplikasi Lazada yang akan diadakan sebanyak 8 kali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Jul 2021

Rentas Negeri Untuk Pasangan PJJ Dibenarkan Di 5 Negeri Ini Bermula..

Fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan mula berkuatkuasa 5 Julai ini melibatkan lima buah negeri. Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini, beliau […]

Trending Thu, 30 Nov 2017

当爸爸单独带小孩才会发生的超爆笑状况!

妈妈总有忙碌或想休息的时候,所以会将照顾小孩任务交给爸爸带,只是妈妈不知道每个男人心里都住着一个小男孩。

Trending Thu, 27 Jan 2022

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Popular Ditahan Ketika Lalok Di Studio Rakaman

Bekas pemain gitar kumpulan rock popular bersama adiknya ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang ‘lalok’ di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, semalam. Kedua-dua individu berusia 46 dan 26 tahun itu […]

Trending Thu, 15 Apr 2021
Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Featured Tue, 2 Nov 2021

Selepas Penangguhan Selama Sebulan, DBKL Larang Penjualan Arak Bermula 1 November

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguatkuasa larangan penjualan arak (liquor) di premis perniagaan seperti kedai ubat Cina, kedai serbaneka dan kedai runcit bermula Isnin, 1 November 2021. Walaubagaimanapun, premis yang berkenaan masih boleh menjual […]

Featured Thu, 9 Feb 2023