Hiburan By: SGMS Faida August 30, 2019 @ 11:00pm

Lepas Restoran, PU Riz Urus Food Court Pula

Baru lapan bulan menguruskan restoran Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral), pendakwah bebas yang juga pelakon, Riz IsmaiL mengorak langkah dalam perniagaan makanan dengan dua lagi medan selera.

Riz yang baru sahaja pulang menunaikan Haji kini optimis dengan dua lagi perniagaan baharu yang bertempat di medan selera di tingkat 3 Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Terbaru Riz yang baru bergelar Haji sekembalinya dari Tanah Suci Makkah ini menguruskan dua lagi ‘food court’ atau medan selera sebagai bukti betapa optimisnya meneruskan kelangsungan hidup.

Istimewanya dua medan selera, Sizzling & Claypot dan Thai Cuisine yang turut berada di bawah bumbung syarikat induk Desire Food Sdn Bhd ini menerima sambutan luar biasa sejak tiga bulan lalu. 

Desire Food mempunyai pelbagai jenis premis makanan dan tiga daripadanya dipantau jejaka yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat itu.

“Saya optimis dengan perniagaan makanan ini. Bisnes makanan ini jika betul caranya, memang boleh pergi jauh. Kalau makanan yang dijual itu sedap, pasti orang akan datang lagi untuk menjamahnya. Sekalipun perniagaan makanan ini sengit persaingannya, kehadiran dua premis medan selera di Nu Sentral ini saya percaya dapat terus memberi variasi kepada ramai orang.

“Saya lihat juga perniagaan makanan sebegini sangat stabil dan pada masa sama kita terus menjaga kualiti dengan menawarkan mutu makanan sedap serta terbaik. Biasalah dalam mana-mana perniagaan pasti ada fasa turun naik, tapi itu bukan alasan untuk terus memeluk tubuh.

“Di mana-mana saja lokasi, perniagaan makanan ini pasti akan jadi tumpuan. Dua medan selera, Sizzling & Claypot dan Thai Cuisine ini juga mahu terus memberikan aneka pilihan kepada semua penggemar makanan. Saya mahu terus memastikan ingat Desire Food, ingat segala jenis tawaran makanan di dua medan selera ini,” katanya dalam satu pertemuan dengan teman media dan blogger hari ini (30 Ogos).

Berbanding restoran, Riz memberitahu perniagaan medan selera ini bermodalkan jumlah wang yang kecil tapi mampu mengaut keuntungan besar dengan mutu makanan yang pasti menambat hati.

“Untuk memastikan dua medan selera ini terus jadi pilihan, kita menjanjikan kualiti makanan setaraf makanan di restoran. Kalau nak makanan sizzling, di Sizzling & Claypot kita tawarkan pelbagai jenis mee sizzling. Ada yang dicampur dengan telur, ayam, udang, sotong dan semuanya dengan harga mampu milik. Semuanya pasti membuat penggemar mee sizzling kecur air liur.

“Kalau mahu kelainan makanan Thai, di Thai Cuisine ada macam-macam pilihan makanan dari negara berkenaan. Nak tom yam atau ikan tiga rasa dan macam-macam lagi, tak perlu fikir panjang segala pilihan boleh dijamah.

“Tukang masak di dua medan selera ini terlebih dulu berlatih skil dan kepakaran mereka di restoran Food Station,” katanya.

Sebenarnya dunia perniagaan tidak pernah asing dalam hidup Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail. Bapa tercinta terlebih dulu menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki. Lalu kini, Riz meneruskan legasi bapanya.

“Sesuatu yang terus menjadi fakta, bapa saya menjadi mentor dalam dunia perniagaan. Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman serta selok belok dunia perniagaan daripadanya.

“Dunia artis ini juga kita tak mampu menebak sejauh mana perjalanannya pada masa mendatang. Lalu dalam mencari kelainan serta jaminan masa depan, saya meneroka dunia perniagaan makanan. Setidak-tidaknya saya ada pendapatan setiap bulan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf […]

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Wany Hasrita Pasang Niat Sambung Belajar Di Luar Negara?

Betul kata Wany tu, kalau diberi peluang dan kesempatan siapa yang tak nak belajar oversea kan?

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭