Hiburan By: SGMS Faida August 20, 2019 @ 3:46pm

‘Pilih Dia Bukan Sebab Wang’- Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa bersyukur ditemukan dengan Razrul Anwar Rusli yang amat memahami dan penyayang dan kini bergelar tunangnya.

Menurut Intan, tunangnya merupakan ahli perniagaan yang kini berusia 38 tahun.

“Lelaki di sebelah saya ini banyak memberikan inspirasi dalam hidup saya untuk menjadi lebih baik setiap hari.

“Dia seorang yang penyayang, memahami dan merupakan individu yang banyak menyokong kerjaya saya,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Intan nafi memilih lelaki itu kerana berdasarkan kekayaanya.

“Saya terima banyak komen hari ini. Duit? Sini saya beritahu kamu semua, cinta saya bukan disebabkan wang. Ia hadir atas dasar hormat, bertolak-ansur, penyayang dan percaya antara satu sama lain,” tulisnya di Instagram.

Tambah Intan, Razrul masih bujang dan bukan berstatus duda. 

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu, dia dan Razrul bermula sebagai kawan kira-kira setahun lalu.

“Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga turut memahami agenda seni saya yang padat,” katanya kepada Harian Metro.

 

Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

3.6 Juta Penonton Da’i Musim Keenam

Alhamdulillah…Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 terus kukuh sebagai program realiti No.1 Malaysia, apabila berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta penonton selama 11 minggu bersiaran.

Featured Thu, 17 Aug 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Acara Tue, 31 Jan 2023