Events By: Salma Syahbuddin March 6, 2019 @ 6:04pm

Tahniah Borak Kopitiam! Rangkul Anugerah Program Bual Bicara Terbaik TV Di Anugerah Media 2018

Program bual bicara Borak Kopitiam yang bersiaran di TV3 berkonsepkan santai ini telah diiktiraf sebagai Program Bual Bicara Terbaik Televisyen pada Anugerah Media 2018 oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Malaysia yang diadakan pada 26 Februari lalu. 

Terdiri daripada beberapa segmen seperti Kelas Bahasa, Dapur Kalut, #kitajuara dan 1,2,3 steady! ternyata program ini tampil dengan sedikit kelainan berbanding program bual bicara yang lain seperti Malaysia Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. 

Dikemudikan oleh pengacara seperti Dayah Bakar, Adzrie Faiz, Sarah Yusof dan Haziq Hussni, Hefny Sahad, Fiona Cheong, Zack Merican, Muaz Kool Fm dan Fify Azmi ini turut menampilkan selebriti terkenal tanah air untuk sama-sama memeriahkan setiap episod Borak Kopitiam sambil berkongsi perkembangan terkini mereka.

Jadi nak tahu, best ke tak best Borak Kopitiam ni, korang bolehlah saksikan rancangan bual bicara hiburan ini pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Klasik Sungguh Resepsi Kedua Aidil-Fasha Sandha!

Aidil dan Fasha diarak menaiki ‘tandu’ yang diperbuat daripada buluh. 

Anugerah Sat, 22 Jul 2023

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Rezeki tak pernah salah alamat.. Congrats Bell Ngasri! Yak Yak Yey

Hiburan Mon, 13 Mar 2023

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Hafidz Roshdi tidak mengaku salah

Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Wed, 15 Nov 2023