Hiburan By: SGMS Faida July 22, 2019 @ 5:23pm

Tahniah…Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketiga

Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah umum bakal menimang cahaya matan pada akhir tahun ini selepas isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal mengesahkan berita ini dan memberitahu kandungan isterinya berada dalam keadaan sihat.

 “Alhamdulillah, doktor memberitahu keadaan bayi dalam kandungan sihat.

“Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan nanti,” katanya.

Tambah Jamal, dia tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira ini kerana menunggu masa sesuai untuk memberitahu peminat.

“Saya bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini.

“Justeru, saya sangat berharap semoga semua peminat turut mendoakan isteri selamat melahirkan bayi kami nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff,Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

BARU 2 TAHUN DAH DAPAT HADIAH JAM TANGAN MEWAH!

Pelbagai reaksi daripada netizen diterima. Ada yang kecam kenapa membazir duit membelikan jam mewah sedangkan mereka masih bayi dan waktu yang mereka tahu pun hanya waktu makan sahaja.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Hiburan Wed, 24 May 2023