Hiburan By: SGMS Fas February 20, 2018 @ 1:26am

BARU 2 TAHUN DAH DAPAT HADIAH JAM TANGAN MEWAH!

Wah! Baru berusia dua tahun anak  kembar  Datin Paduka Eina Azman dihadiahkan jam tangan Rolex sebagai hadiah hari jadi gitu! Untung laa!

Karl Kareef serta Arianna Aubrey yang sudah tentu tidak tahu apa-apa diberikan jam berjenama ribuan ringgit itu oleh ibunya sebagai hadiah hari jadi ke 2 tahun yang disambut meriah di Pulau Pinang, semalam.

Sejak berkahwin dengan  Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 2014, pemilik nama penuh, Ainur Syakina binti Azman ini menjalani gaya hidup yang agak mewah dan  sering dipaparkan melalui Instagram.

Terbaharu yang menarik perhatian netizen tentulah gambar jam tangan Rolex yang dibelikan untuk kembarnya itu.  Gambar berkenaan sempat dimuat naik sebuah portal hiburan.

Barangkali setelah mendapat banyak komen negatif daripada positif, gambar itu mungkin sudah dipadamkan Eina.  Tiada lagi kelihatan di Instagramnya kecuali gambar famili seperti yang tertera di atas.

Pelbagai  reaksi daripada netizen diterima.  Ada yang menulis kenapa membazir duit membelikan jam mewah sedangkan mereka masih bayi dan waktu yang mereka tahu pun hanya waktu makan sahaja.

Teringat pula cerita “Anak ku Sazali”!

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍