Events By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 9:38am

Gara-Gara Suka Ejek Lionel Messi, Suami Nekad Ceraikan Isteri…

Marah punya pasal selepas pemain bola kegemarannya dikutuk isteri, si suami mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya. Uish…sampai begitu sekali eh?

Menurut laporan Dailymail, episod percintaan suami isteri ini bermula ketika menonton Piala Dunia 2002.

Arsen merupakan peminat Lionel Messi dari pasukan sepak bola Argentina, manakala Lyudmila pula peminat setia Cristiano Ronaldo, dari Portugal.

Masalah bermula apabila si isteri mula mengejek-ejek idola sang suami. Apa lagi, naik hantulah kan!

Siapa sangka, perkahwinan selama 16 tahun ini terlerai hanya kerana ini?

Hubungan suami isteri tersebut semakin tegang selepas kemenangan Argentina menentang Nigeria.

Tindakan Arsen meraikan kemenangan pasukan kegemarannya menaikkan kemarahan isterinya.

Lyudmila bertegas bahawa bintang Portugal, Ronaldo, jauh lebih hebat berbanding Messi.


Bengang dengan kata-kata isterinya, Arsen mengemas pakaiannya lalu meninggalkan rumah.

Arsen memberitahu media tempatan, DunArgumenti i Fakty, isterinya sering mencemuh dan menghina Messi.

“Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland,” kata Arsen.

Menurut Daily Mail, Arsen memfailkan permohonan cerai sehari selepas meninggalkan Lyudmila. – Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Kalau Kurang ‘Pakej’, Jangan Sentap’- Ucapan Azhan Rani Di Pentas DFKL 2019 Tarik Perhatian Ramai

Moga kata-kata ini jadi peringatan buat diri aku sendiri. Umur pun makin tua kot-kot aku cakap harini esok aku lupa tolong luku kepala aku.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

Featured Tue, 8 Nov 2022