Hiburan By: Del14 January 17, 2020 @ 11:09am

“Amanda Nak Dapat Adik!” – Ippo Hafiz

Penyanyi, komposer dan penerbit rakaman, Ippo Hafiz tidak dapat menahan rasa teruja apabila berkongsi berita gembira yang isterinya, Fara Roslan telah disahkan hamil tiga bulan. 

Perkara itu dikongsi Ippo atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Yaziz, menerusi entri di akaun Instagram miliknya. 

 

“Tengok Ippo tengah gosok baby ni.  Alhamdulillah dah nak masuk bulan ke 3. 

“Minta doakan semoga rezeki lagu-lagu Ippo bersinar dan meletop dengan kehadiran Cinta ini.  Lepas ini kami berempat dan Amanda dapat geng adik.

“Terima kasih sayang atas segalanya. Nanti abang bagi banyak hadiah okay?” tulis Ippo sebagai kapsyen.

Ippo yang juga dikenali dengan jolokan Raja Runut Bunyi, mendirikan rumah tangga dengan Norfarahin Mohd Roslan pada 24 Ogos lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 10 Mac lalu. 

Untuk pengetahuan umum, Ippo mempunyai seorang anak angkat yang dijaga sejak dilahirkan iaitu Cinta Rizky Amanda. 

Kredit Foto: Instagram @ippohafiz

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘ Minta Maaf Atau…’- Misha Omar Kecewa Difitnah Guna ‘Mak Esah’ Di AJL33

Siapa yang tak bengang kan kalau dituduh bukan-bukan? Semoga pihak berkenaan tampil dan mohon maaf kalau tidak…

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Hadiah Istimewa Buat Semua Peminat Dayang?

Jangan lupa undi finalis AJL33 kora korang menerusi www.xtra.com.my

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Events Fri, 15 Feb 2019
Hiburan Thu, 6 Apr 2023