Hiburan By: Del14 October 4, 2019 @ 10:26pm

Cubaan Berfesyen, Betul Ke Lisa Surihani Dah…

Pelakon Lisa Surihani mengaku dirinya gemar menggayakan fesyen minimalis dan tidak berlebihan

Lisa dilihat sering mengenakan fesyen dengan konsep yang lebih ‘sempoi’ walaupun kini sudah berhijab. 

Bertentang empat mata dengan pelakon Ombak Rindu ini semasa majlis pelancaran butik dUCk yang ke-5 di pusat membeli-belah One Utama semalam, Lisa kelihatan semakin cantik dengan meningkatnya usia.

Lisa berkata dia masih aktif berlakon dan mengacara, dan telefilem bergenre seram lakonannya yang berjudul Cantik bakal keudara tidak lama lagi dan dia juga sibuk menjadi pengacara bagi rancangan Tanya Doktor Imelda dan ‘Girls Day In’.

“Saya tak rasa kerjaya saya terbatas semenjak mengenakan hijab kerana segalanya masih sama, saya masih individu yang sama walaupun sudah berhijab.  Masa juga sudah berubah dan penerimaan orang terhadap pelakon yang bertudung juga berubah. 

“Mungkin 10 tahun dahulu, ia akan menjadi satu isu dalam pemilihan pelakon dan pembahagian watak dan sebagainya, tetapi kini masyarakat lebih terbuka.  Penggiat seni juga akan menulis watak yang sesuai dengan pelakon yang sudah bertudung,” kata Lisa kepada Xtra.   

Apabila ditanya adakah Lisa akan mencuba gaya-gaya terkini seperti turban atau mengenakan pelbagai jenis topi dengan hijab seperti sesetengah selebriti, Lisa menjawab, “Kemungkinan besar, tidak.”

“Dari dahulu lagi, walaupun belum berhijab, saya adalah seorang minimalis dan gemarkan gaya-gaya minimal. Walau bagaimanapun saya tidak akan menolak jika ianya satu keperluan seperti untuk gambar editorial majalah atau untuk sesuatu watak.

“Namun, untuk saja-saja pakai semasa keluar  atau melancong bersama ahli keluarga atau rakan-rakan..that’s not me. Ianya bukan jiwa saya.  Mungkin kalau saya bersukan, saya akan memakai topi sukan tapi setakat itu saja,” ujar Lisa lagi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Apr 2024
Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna […]

Featured Wed, 20 Mar 2024

“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Begitulah seorang ibu, sakit mana pun hatinya bab anak mesti nak yang terbaik😥🤧

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

T.O.P「恭敬弯腰」服役照曝光 粉丝泪崩:看到笑容了!

韩国偶像团体BIGBANG成员T.O.P(本名崔胜铉)在2017年陷入吸麻风波,相关单位发表惩戒后,在入伍近3个星期,8日终于有他的近况照片流出,他谦虚地将手往前摆,脸上露出微笑,看起来气色非常好,让粉丝泪喊「终于看到笑容了」。

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.