Hiburan By: SGMS Faida April 10, 2019 @ 3:03pm

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya.

Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

‘Hari Ini’ mengisahkan tentang pasangan suami isteri mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records ”Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru.

Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau.

Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa .

Lagu ‘Hari Ini’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

Trending Sun, 5 Jun 2022

Aprena Manrose Tampil Bersuara Isu Nelydia Senrose Buka Tudung

Aprena Manrose tampil untuk ‘back up’ isu buka tudung Nelydia Senrose.

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Beraksi Manja & Sweet, Iman Troye Expose Teman Lelaki?

Amboi Iman Troye angau sampai tak boleh tidur Danial tak teman yaaa ❤️ Gituuuu hihi apapun semoga yang baik baik saja

Featured Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Mon, 27 Nov 2023