LIFESTYLE By: Ad Ops April 30, 2018 @ 11:19am

5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Wajib Untuk Gambar OOTD Anda!

Instagram merupakan aplikasi yang menjadi kegemaran dan pilihan rata-rata masyarakat Malaysia, tidak kiralah tua ataupun muda. Malah, ia menjadi platform utama dalam penyebaran maklumat, stories, dan muat naik gambar dengan menggunakan pelbagai filter. Jadi, rasanya korang pun pasti mempunyai satu akaun instagram kan? Oleh itu, jom kami kongsikan 5 tempat menarik yang boleh anda lawati bagi mendapatkan gambar OOTD yang pastinya mengundang banyak likes!

  1. Putrajaya

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Dan, tentunya terdapat tempat yang banyak cantik kerana Putrajaya sahaja sudah dikelilingi bangun-bangun cantik dengan lampu berwarna-warni. Maka, ia semestinya salah satu tempat pilihan bagi mereka yang sukakan gambar mereka berlatar-belakangkan bangunan-bangunan kan?

    2. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Dataran Merdeka bukan sahaja merupakan tempat yang mempunyai detik bersejarah tersendiri. Tetapi bangunan ini juga memiliki batu-bata merah yang sudahpun berusia. Bangunan ini juga mempunyai simetri dan pengaruh seni Islam. Maka, tidak hairanlah jika tempat ini sesuai untuk individu yang sukakan fotografi dan hasil seni klasik. Jika anda berjaya mencari sudut bangunan yang baik, dan unik, gambar ootd anda pasti lebih sempurna! Thumbs Up!

    3. Merchant’s Lane Cafe

Merchant’s Lane Cafe merupakan tarikan baru di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kafe ini mengekalkan unsur “Malaysian” walaupun menerima sentuhan reka bentuk serba moden. Jika anda perhatikan, kafe ini sebenarnya cuba untuk mengimbangkan konsep semula jadi dan moden minimalis. Jadi, anda boleh nikmati kopi yang lazat dan sekaligus mendapatkan ootd terbaik untuk instagram anda! Vintage kan?

    4. Petaling Street (Chinatown)

 Kuala Lumpur juga mempunyai tempat bersejarah lain iaitu Chinatown, Chinatown yang terletak beberapa bangunan warisan yang mempunyai pengaruh Baba Nyonya. Di samping dapat membeli barang-barang yang murah, anda juga boleh ambil gambar dengan latar belakang yang sangat cantik! Macam kat Hong Kong kan?

 

5.Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana atau lebih dikenali sebagai Lake’s Garden ini terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tasik ini sangat dijaga rapi, maka tidak hairanlah ianya menjadi tempat kegemaran masyarakat kota untuk beristirehat, beriadah bersama ahli keluarga dan lain-lain. Selain itu, Taman Tasik Perdana mempunyai binaan yang gah di samping landskap yang cantik. Sesuai untuk wedding photoshoot dan ootd yang vasss!

Dengan 5 tempat yang kami kongsikan ini, gambar instagram anda pasti lebih cantik dan mendapat pujian pengikut-pengikut anda. Selamat mencuba dan happy ootd ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Laporan Psikiatri belum sedia punca kes ditangguh

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Dulu 80 Biji Cili Pun Boleh” – Kotak Suara Nabila Razali Belum Sembuh

Semoga Nabila cepat sembuh dan boleh kembali menyanyi sepenuhnya.

Featured Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?