LIFESTYLE By: SGMS Faida April 20, 2018 @ 12:08am

Kenapa Ramai Wanita Bertarung Kanser Di Usia Muda?

Ungkapan Life is too short to be sad perlu dipraktik oleh semua. Kenapa? Kerana kesedihan atau kemurungan tidak mengubah situasi, apa yang perlu anda lakukan ialah bangkit dan terus berjalan. 

Pengalaman ini dititip oleh Linda Mohd Nor yang berkongsi bagaimana beliau kehilangan empat sahabat manakala dua lagi sedang berjuang melawan kanser. 

Menurut Linda, biarpun berat untuk beliau kongsikan, namun demi wanita di luar sana, beliau catatkan sedikit perkongsian untuk tatapan bersama.

Perhatikan angka-angka ini:
S – 33 tahun – kanser payudara
M – 32 tahun – kanser payudara
M – 35 tahun – kanser servik
E – 33 tahun – kanser kelenjar
Z – 44 tahun – kanser hati & servik
M – 40 tahun – kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat – mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri.

Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.

Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Dr Zubaidi Hj Ahmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Events Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay…

LIFESTYLE Tue, 24 Sep 2019

Mana Ada Majikan Pilih Pekerja Berorientasikan Kaum

Laman sosial terutama Facebook dikatakan menyebar informasi sebegini

LIFESTYLE Wed, 7 Aug 2019

目前这件事选择放弃是对的吗?

努力许久却始终不见起色,或是觉得疲倦时,代表放弃并不是件坏事。

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Kalau Berjaya Masuk AJL34, Usop Nak Buat Kenduri!

Jom doakan Usop, boleh kita makan kenduri nanti!

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

iKON Departs for Japan, Leaves Fans Heartbroken

Such a sad day for iKONICs! Be strong!

Featured Fri, 18 Mar 2022