TECH By: SGMS Faida March 28, 2018 @ 7:50am

Muat Turun Data Di Facebook Untuk Keselamatan, Kami Kongsikan Caranya!

Berikutan kejadian ‘pecah amanah’ oleh Facebook yang menyaksikan hampir 50 juta data peribadi pengguna bocor, pengguna kini perlu berhati-hati! Sudah tentu ramai yang risau dengan keselamatan diri bila data peribadi bakal tersebar. Ish, bahaya ni…

Bagi tujuan keselamatan, pengguna perlu memuat turun data untuk membolehkan senarai panggilan, pesana teks dan lokasi setiap kali anda log masuk dapat dikenal pasti.

Apa yang perlu kamu lakukan ialah;

  • Log masuk ke akaun Facebook, pergi ke ‘News Feed’ untuk melihat pilihan dan tekan butang ‘Setting’ seterusnya butang ‘Download a copy of your Facebook data’ di bahagian bawah skrin.
  • Ia akan membawa anda ke laman baru dan anda perlu menekan butang ‘Start My Archive’ untuk mendapat salinan yang anda kongsikan di laman web, termasuk data peribadi yang dikumpulkan.
  • Facebook akan meminta anda memasukkan kata laluan serta e-mail supaya anda dimaklumkan apabila arkib anda sedia untuk dimuat turun.

Korang perlu bersabar sikit ya memandangkan ia bakal mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Sebaik saja menerima fail anda, maklumat akan dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti rakan, pesan teks, pengiklan dan banyak lagi.

Fail arkib itu boleh sehingga 10 tahun lalu, malah termasuk maklumat yang pengguna sangka mereka sudah memadamkannya.

Ada pengguna terkejut mendapati Facebook mempunyai maklumat setiap orang dalam buku alamat, malah wartawan CNN menyatakan mengandungi nombor mendiang neneknya yang tidak pernah menggunakan Facebook atau e-mel.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg memohon maaf terhadap kesilapan syarikatnya itu hingga menyebabkan kebocoran data 50 juta pengguna laman media sosial itu.

Beliau juga juga berjanji memastikan perisian atau aplikasi tidak boleh mencuri data peribadi pengguna selepas skandal Cambridge Analytica yang terdedah enam hari lalu.

Skandal itu menyebabkan nilai saham Facebook yang dianggar bernilai AS$50 bilion dengan Zuckerberg sendiri bernilai AS$5 bilion, merosot 10 peratus.

Sementara itu, AFP melaporkan Jawatankuasa Digital, Budaya dan Media Parlimen Britain mahukan CEO Facebook, Mark Zuckerberg, sendiri memberi taklimat mengenai kebocoran data itu, sama ada melalui sidang video atau datang sendiri, bukannya menghantar eksekutif kanannya.

Kesatuan Eropah pula memberi masa dua minggu kepada Facebook untuk menjawab soalan mengenai skandal membabitkan syarikat Britain Cambridge Analytica (CA), menggunakan aplikasi bagi mengumpul data peribadi pengguna serta rakan pengguna media sosial itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Automobile Thu, 5 Apr 2018

马来西亚Galaxy Note 8用户可以吃上Oreo啦!

随着Samsung Galaxy S8 与 S8+ 都抢先收到了 Android 8 的更新,许多人也开始期待自己手上的 Galaxy 手机也能得到这个最新的 Android 系统更新。

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

Featured Sun, 2 Jan 2022

Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru. Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa […]

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Anuar Zain Teringin Rakam Lagu ‘Korean Ballad’

Ada mana-mana komposer berminat tak? Mana tahu korang boleh cuba nasib.

Automobile Mon, 18 Jun 2018

「没有它」再多Safety Features也没用!

在政府的措施以及人民的对于汽车安全性的意识逐年提高之下,这将我国的车辆安全水准提高到另一个等级!但还有一样东西也同样重要,那就是……