TECH By: SGMS Faida October 23, 2019 @ 1:00pm

Aplikasi Ditutup Sementara…Sistem Pos Malaysia Digodam?

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) terpaksa menutup beberapa sistem dan aplikasi perkhidmatan dalam talian milik syarikat itu susulan masalah teknikal dihadapi sejak semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa sistem dalaman kendaliannya yang berisiko mengalami masalah teknikal.

Susulan itu, Pos Malaysia terpaksa mengambil langkah proaktif dengan menutup sistem serta aplikasi berkenaan bagi menangani masalah terbabit dengan segera.

“Pos Malaysia mengalami masalah teknikal luar jangka yang menyebabkan sistem tergendala sementara.

“Langkah proaktif sudah diambil dengan menutup beberapa sistem dan aplikasi, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” katanya.

Difahamkan, susulan gangguan sistem itu, satu laporan polis turut dibuat wakil Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

Dipercayai bahawa laporan itu dibuat berikutan kemungkinan wujudnya unsur mengaitkan masalah sistem itu dengan tindakan digodam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Azizan Abu Taat mengesahkan ada menerima laporan mengenai gangguan teknikal berkenaan.

Menurutnya, kes itu dirujuk kepada CyberSecurity Malaysia untuk siasatan lanjut bagi menentukan punca sebenar gangguan teknikal dialami syarikat terbabit.-Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 14 Jul 2018

Akaun-Akaun Terkenal Twitter Hilang Ramai Pengikut Di Laman Sosial Tersebut

Sebelum ini, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menutup lebih daripada 70 juta akaun palsu bagi menjaga keselamatan dan mengekalkan keselesaan pengguna mereka. Mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga RM 12.45 billion akibat daripada tindakan itu. […]

TECH Wed, 16 Oct 2019

Guna Aplikasi ‘Body Shaming’ Boleh Didenda Dan Dipenjara

Ramai yang menggunakan medium ini untuk melakukan perkara tidak sepatutnya.

TECH Tue, 18 Sep 2018

Cara Mengunci Fail Microsoft Office Dengan Kata Laluan

Kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk mengunci fail jenis Word, Power Point dan lain – lain, berikut kami kongskan cara untuk anda “encrypt” fail tersebut menggunakan kata laluan.

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Mon, 16 Jul 2018

Naik Taraf Kelajuan Unifi Dan Streamyx Lebih Cepat Dari Perancangan Awal

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini telah mengumumkan naik taraf kelajuan sehingga 10 kali ganda kepada pelanggan Unifi sedia ada. TM mengumumkan perkara tersebut pada 12 Julai yang lepas. Unifi Turbo: 10X Lebih Kelajuan Dengan Harga […]

TECH Wed, 9 May 2018

这款移动电源居然永不断电?简直是户外神器

世界上最痛苦的事情不是没有手机,而是明明手机在手里却没电,所以移动电源成了很多人手机的标配,但是如果移动电源也没电了呢?

TECH Mon, 9 Jul 2018

PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Serangan seksual terhadap kanak-kanak atau pedofil kini semakin berleluasa. Apa yang merisaukan, jenayah ini telah semakin menular di negara kita. Bukan itu sahaja, pengguna internet di Malaysia adalah merupakan antara yang tertinggi dalam menonton video lucah […]

TECH Wed, 11 Jul 2018

OnePlus 6 Warna Putih Sutera Menemui Peminat Tempatan

OnePlus Malaysia semalam telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi warna menarik untuk bakal pembeli tempatan, warna putih sutera. Merupakan edisi terhad, OnePlus 6 putih sutera hanya boleh didapati secara eksklusif ditiga gedung dalam talian rasmi OnePlus Malaysia […]

Automobile Sat, 10 Feb 2018

KERETA ELEKTRIK KENDERAAN MASA DEPAN?

Tan Chong Motors  menunjukkan satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Virtual Boy Dari Nintendo Mendapat Nafas Baharu Melalui Alat Oculus Rift VR

Virtual Boy merupakan satu alat permainan dari Nintendo  yang dianggap sebagai sesuatu yang jauh kedepan untuk teknologi pada masa itu. Namun, dengan kekangan teknologi seperti bateri yang tidak menampung penggunaan perantitersebut untuk masa yang lama membuatkan […]