Trending By: SGMS Enal October 18, 2019 @ 3:27pm

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kes kematian seorang lelaki di Manjung akibat Zika berpunca daripada jangkitan virus tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata siasatan dan tindakan susulan sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Besar kemungkinan penyakit Zika (jangkitan) itu adalah asal dari tempatan berdasarkan siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Untuk makluman, kes Zika pernah dilaporkan pada tahun 60-an di Bentong, Pahang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas mengenai kematian seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika awal pagi ini dan kes jangkitan itu adalah yang kesembilan dalam negara sejak 2016.

Mangsa yang disahkan positif jangkitan virus Zika berdasarkan ujian pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 13 Okt lalu meninggal dunia di Hospital Manjung kira-kira 4.45 pagi tadi.

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes iaitu nyamuk sama yang menyebabkan penyakit demam denggi dan chikungunya.

Sumber:freemalaysiatoday ,  bernama.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jul 2023
Trending Thu, 15 Apr 2021
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Trending Thu, 27 Apr 2023

Jom Raya Bersama Sime Darby Property! Ada Rumah Terbuka Juga Tau!

Sebagai syarikat pemaju hartanah tersohor di Malaysia, Sime Darby Property (SDP) mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat.  Sempena bulan perayaan ini, SDP bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep perkongsian ruang […]

Trending Mon, 9 Mar 2020

Perdana Menteri Umum Jemaah Kabinet Baharu 5 Petang Ini

PERDANA MENTERI Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan senarai jemaah kabinet baru pada pukul 5 petang ini.  Pengunguman ini akan dilakukan di Pejabat Perdana Menteri sebentar lagi. Menurut sumber portal tempatan, Yang di-Pertuan Agong, […]