Hiburan By: Fatin Nurain April 2, 2024 @ 3:55pm

Tidak Selesa Didakwa Bercinta Dengan Model, Zizan Razak Bimbang Gosip Cemarkan Kerjaya

“Perkara itu tidak benar, risau akan mengganggu kerjaya seni dan mencalarkan kerja saya,” kata pelawak dan pelakon Zizan Razak yang didakwa sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang model dan pempengaruh, Nureen.

Kata Zizan ketika ditemui XTRA, dia tidak selesa digosipkan dengan cerita yang tidak sahih memandangkan ia agak sensitif baginya.

“Perkara begini agak sensitif sedikit untuk saya. Saya kalau boleh tidak mahu jawab dakwaan ini dan mengarut bila ada cerita yang menjatuhkan nama saya. Kalau benar gosip itu betul, saya okay untuk menjawab,” katanya.

Zizan bagaimanapun menjelaskan hubungannya bersama wanita tersebut hanya sekadar kawan sahaja.

“Gambar yang tular itu gambar lama. Saya dan dia (Nureen) hanya kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kawan biasa, bukan kawan industri.

“Saya lebih suka fokus pada kerja berbanding gosip sebegini. Nak kata dia kawan rapat saya, jawapannya tidak,” jelasnya.

Terdahulu, Zizan dan Nureen dikatakan kerap kelihatan menghadiri pelbagai acara dan meluangkan masa bersama.

Namun, Zizan tegas menafikan dakwaan terbabit memandangkan Nureen bukan satu-satunya kawan wanita yang dia ada.

“Kalau nak cakap soal isu keluar dengan rakan wanita, saya juga pernah keluar dengan beberapa wanita sebelum ini, bukan dia sahaja.

“Tapi saya tak tahu kenapa isu ini boleh timbul. Saya rasa macam ada orang tak puas hati dengan Nureen hingga sanggup menyebarkan foto lama kami dan berikan kepada media bagi tujuan sengaja nak mereka-reka cerita.

“Gambar ini sudah lama dan diambil ketika tayangan filem Polis Evo 3, tahun lalu. Tak baiklah buat benda macam ini.

“Saya ada juga ada bertanya perkara kepada Nureen, tetapi dia tak tahu menahu mengenai perkara itu,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 Aug 2021

Varian Delta: Risiko Kemasukan Ke Hospital Dua Kali Ganda Berbanding Varian Lain

Penularan COVID-19 semakin berbahaya apabila varian Delta didakwa mempunyai dua kali ganda risiko jangkitan untuk dimasukkan ke hospital berbanding varian lain seperti Alpha. Menurut kajian yang diterbitkan The Lancet, pakar menyatakan betapa pentingnya untuk mendapatkan […]

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Wed, 7 Jul 2021

3 Cara Mudah Mohon Moratorium Secara Automatik

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Mulai hari ini, semua golongan peminjam boleh mendapatkan […]

Hiburan Thu, 12 Oct 2023

“Senang Nak Viral, Tapi Sukar Untuk Terus Relevan” – Faizdickie

Ingatkan senang je nak jadi content creator ni, tapi hmmmm

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Labur Ratusan Ribu, Nur Sajat Taja Miss Grand Malaysia 2019

Pencarian ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 bakal diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 28 April ini.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!