Hiburan By: Syamir Shafie October 12, 2023 @ 5:37pm

“Senang Nak Viral, Tapi Sukar Untuk Terus Relevan” – Faizdickie

Pempengaruh media sosial, Faizdickie, 35, berpendapat sangat mudah untuk terkenal di media sosial menerusi kandungan pelik atau merapu namun perkara ini tidak sihat kerana hanya menjanjikan populariti sementara.

Sudah 10 tahun bergelar pencipta kandungan, pemilik nama penuh Mohd Nasrul Faiz Abu Azal ini mengingatkan mereka yang baru berjinak dalam dunia media sosial untuk menyuntik elemen positif dalam setiap ‘content’ mereka.

“Nak famous ni senang je, buat je benda luar kelainan, benda bodoh, orang akan terus angkat kita, orang akan terus share video kita. Tapi benda ni benda yang tidak sihat sebab lepas benda tu habis, apa lagi kita boleh offer kepada masyarakat?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

“Content creator harus berfikir dahulu sebelum bertindak melakukan kandungan video yang pelik-pelik demi tular semata-mata, tanpa mempertimbangkan kesan buruk di masa hadapan.

“Tak salah nak buat content yang sedikit viral untuk naikkan nama kita, namun suntikkan elemen pengajaran atau sesuatu yang positif. Lama-lama bila orang dah kenal, kita kena ubah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

“Seperti saya sendiri, saya mula dengan content yang berunsurkan parodi. Namun setiap video ada pengajaran tersendiri. Kandungan video saya juga sudah berevolusi dan kini saya banyak berkongsi mengenai tips percutian, informasi mengenai sesuatu tempat dan sebagainya,” katanya kepada XTRA.

Sementara itu, pemenang trofi Personaliti Popular (Online) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini melihat persaingan yang amat sengit pada zaman sekarang sebagai content creator jika dibandingkan dengan 10 tahun lepas.

“Pencipta kandungan sangat sukar untuk kekal relevan disebabkan oleh kewujudan lambakan pempengaruh media sosial hari ini. Dahulu, hanya ada Instagram, YouTube dan Twitter sahaja manakala sekarang sudah ada TikTok yang melahirkan sangat ramai individu dengan jutaan pengikut.

“Alhamdulillah, melihat graf kerjaya saya sendiri yang sudah hampir 10 tahun menjadi content creator, saya masih mendapat tawaran dan aktif mencipta kandungan. Sukar untuk bertahan namun rezeki masih ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)

“Cuma nasihat saya untuk mereka yang mahu berjinak sebagai content creator, kejar pendidikan dahulu sebelum terjun ke dunia ini. Pendidikan sangat penting kerana ia dapat menjadikan anda seorang pencipta kandungan yang berilmun dan disenangi. Sukar untuk kekal relevan, jadi Pendidikan yang dapat membantu untuk terus berjaya,” kata graduan sarjana pengajian Media Digital dari Universiti Sussex, United Kingdom ini.

Dalam perkembangan lain, Faiz yang kini berjinak sebagai pelakon membintangi drama bersiri Cik Misi 123 yang sedang hangat bersiaran di Astro Prima.

Memegang watak sebagai Baharuddin, drama ini turut dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Bella Dally, Hafreez Adam dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Ini Pesan Akim Ahmad Paling Win Buat Treehill Band

Akim dilihat memuat naik kenyataan berupa komen tersebut apabila lagu terbaharu ciptaannya berjudul Terbang telah berjaya mendapat lebih 700k tontonan dilaman Youtube sejak ia dilancarkan

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

‘Tiba Masa, Saya Beritahu’ – Haliza Misbun

Kalau boleh, saya nak jarakkan hal kerjaya dan peribadi…Apapun, kami tak sabar nak lihat Kak Haliza naik pelamin nanti. Pasti cantik!

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Featured Thu, 31 Mar 2022
Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!