Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 30, 2020 @ 12:00pm

Laluan Pejalan Kaki Kaca Retak di pergunungan Taihang, China pasti buat anda kecut perut

China terkenal dengan pelbagai binaan unik dan pelik yang menjadi tarikan pelancongan di negara itu.

Selain binaan sejarah seperti Tembok Besar China, Kota Larangan Beijing dan Muzium Tentera Terracotta di Xi’an, China turut membina pelbagai bangunan serta binaan moden yang membuatkan perjalanan anda ke negara itu berbaloi.

Antara binaan yang mengagumkan tentunya Laluan Pejalan Kaki Kaca Retak yang terletak di pergunungan Taihang, di wilayah Hebei, timur China.

Pergunungan Taihang yang tersergam indah menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. (Kredit Trip.com)

Sejak siap sepenuhnya pada 2017, laluan pejalan kaki yang mencatat rekod sebagai laluan pejalan kaki tertinggi di dunia pernah dibina manusia itu menarik ribuan pelancong ke wilayah Hebei semata-mata untuk merasai pengalaman melalui laluan pejalan kaki berkenaan.

Beberapa video yang menunjukkan pelancong ketakutan apabila kaca di bawah kaki seolah-olah retak menjadi tular dan hangat diperkatakan, sekali gus menimbulkan minat masyarakat dunia untuk melihat sendiri keunikan laluan terbabit.

Pelancong ketakutan apabaila kaca yang dipijak menunjukkan ilusi retak. (Kredit gambar YouTube)

Laluan pejalan kaki yang dibina di lereng Dragon Head Cliff itu terletak pada ketinggian kira-kira 1,180 meter (3,700 kaki) dari kaki pergunungan berkenaan.

Selain keunikan binaan pada lereng gunung, laluan sepanjang 266 meter (872 kaki) dan selebar dua meter (6.5 kaki) itu mempunyai tarikan istimewa iaitu kaca yang mempunyai kesan khas seolah-olah memberi ilusi retak apabila dipijak sekali gus menimbulkan rasa panik kepada pelancong.

Bagaimanapun, kaca berkenaan hanya dipasang di lokasi tertentu di sepanjang laluan berkenaan supaya tidak menakutkan pelancong ketika mula-mula memijak laluan berkenaan.

Begitupun, melihat pada binaan laluan pejalan kaki itu yang lutsinar, hanya mereka yang mempunyai keberanian tinggi sahaja mampu melaluinya.

Laluan lutsinar menyebabkan pelancong seolah-olah berjalan di awang-awangan. (Kredit gambar YouTube)

Ditambah pula kesan khas retakan kaca sebaik kaki memijak kaca istimewa di laluan itu, pasti sesiapa sahaja yang terduduk ketakutan.

Dalam beberapa video ada menujukkan beberapa individu yang terlalu takut tidak dapat bergerak dan terbaring di atas laluan berkenaan sehingga terpaksa ditarik rakan-rakannya.

Bagaimanpun, Dailymail melaporkan pada Oktober 2018 penemuan lapisan atas kaca yang pecah menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

Pihak pengurusan laluan itu mendakwa laluan berkenaan masih selamat memandangkan hanya lapisan atas yang pecah dan kini sudah dibuka kembali untuk pelancong.

Laluan pejalan kaki lutsinar yang memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati keindahan alam. (Kredit gambar

Selain laluan pejalan kaki itu, China turut membina satu lagi jambatan yang mempunyai kesan khas retakan kaca iaitu Jambatan Skywalk Zhangjiajie di Grand Canyon China.

CNN melaporkan jambatan itu yang dihadkan hanya untuk 8,000 pelancong sehari juga pernah ditutup hanya selepas 13 hari dibuka kepada pelancong pada Ogos 2016.

Tersergam indah jambatan gantung kaca retak di Grand Canyon China. (Kredit gambar CNN)

Pihak pengurusan mendakwa penutupan itu bagi membolehkan urusan penyelenggaraan dan perbincangan dengan agensi pelancongan, lebih-lebih lagi permintaan untuk mengunjungi jambatan berkenaan meningkat 10 kali ganda.

Jambatan sepanjang 430 meter dan selebar 6 meter itu dibina pada ketinggian 300 meter dari kaki lembah di Grand Canyon. Jambatan itu dikatakan diilhamkan daripada filem sains fiksyen Avatar yang menyajikan pemandangan indah alam lain.

Tidak hairanlah, lembah yang sebelum ini menarik ribuan pelancong untuk menyaksikan sendiri keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan itu terus menjadi pilihan pelancong sebaik pembinaan jambatan lutsinar itu siap sepenuhnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Nyanyian Duet ‘Jangan Pisahkan’, Didie Alias Minta Doa Warganet Buat Roslan Salleh

Pelakon dan pelawak, Didie Alias berkongsi momen melawat pelakon veteran Roslan Salleh yang sedang sakit. Didie juga sempat berduet menyanyikan lagu Jangan Pisahkan bersama Roslan yang sedang terbaring di atas katil. @mumydidiealias Alhamdullillah syukur dapat […]

Featured Mon, 12 Nov 2018
Eat Travel Thu, 24 May 2018

Kumpulan Nasyid Rabbani Mengajak Anda Untuk Berbuka Puasa Di Dalam Gua!

Anda mesti tak pernah lagi lalui pengalaman unik sebegini, kan?

Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

Featured Sat, 3 Sep 2022