Featured By: Salma Syahbuddin January 10, 2024 @ 4:07pm

“Penyelesaian Bodoh Dari Orang Bodoh, Jangan Jadi Artis Jahil!” – Cadang Wujud Rumah Pelac*ran, Ridhuan Tee Tempelak Rosyam Nor

Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah lantang menempelak pandangan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berhubung kenyataannya sebelum ini yang membenarkan pusat pelacuran diwujudkan dalam negara khasnya bagi warga asing.

Katanya, cadangan sedemikian tidak sepatutnya diusulkan, kerana ia seolah-olah mahu menjadikan negara sebagai pusat maksiat.

“Ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini, pergilah mengaji. Jangan jadi artis jahil.

“Apakah kita mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Hatyai, terkenal sebagai pusat maksiat, pusat pelacuran. Kononnya, atas nama pusat pelancongan.

“Ini hujah bodoh. Orang sebegini memang wujud dalam masyarakat. Sebab itu kita perlu didik mereka,”katanya.

Perkara itu dikongsi Ridhuan Tee menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

 

Dalam pada itu, Ridhuan Tee menjelaskan, setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya, namun sebagai seorang yang mempunyai akal individu tersebut haruslah membaca dan mengkaji isu tersebut mengikut perspektif islam sebelum mengeluarkan pendapat.

“Setiap masalah tersebut, sudah ada jalan penyelesaiannya. Pergilah baca. Lebih-lebih lagi mengikut perspektif agama masing-masing. Lagi pun kajian demi kajian telah dibuat. Ini bukan perkara baharu.

“Tapi bukan dengan cara maksiat atas maksiat. Ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah,” jelasnya.

Terdahulu, Rosyam Nor meluahkan pandangan peribadinya menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan apabila bersetuju dengan kewujudan rumah pelacuran di negara ini.

Bagaimanapun, sedar dengan respons negatif pelbagai pihak terhadap kenyataannya, aktor berusia 57 tahun itu akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Pergi Tengok Video Penuh…” – Perjelas Pendapat Isu Pusat Pelacuran, Rosyam Nor Tampil Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Rambut Pink & Tampil Seperti Barbie, Masya Masyitah Dah Freehair?

Uishhh, rambut pink la Masya Masyitah 🫣🫠

Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Trending Thu, 1 Oct 2020