Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 14, 2024 @ 1:18pm

‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Penerbit terkenal, Datuk A Aida memberikan tiga kontrak kepada pelakon, Bella Astillah selepas menguggurkan nama Ruhainies dalam drama terbitannya.

Jelas A Aida, dia tidak menyangka Ruhainies sanggup ‘tikam belakang’ dengan menjalinkan hubungan bersama suami Bella, Aliff Aziz sehingga mereka ditangkap khalwat minggu lalu.

“Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

“Sebab itu saya ‘blacklist’ nama Ruhainies. Saya buang nama di dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Memelik laporan mStar, A Aida berkata pihaknya sendiri yang menghubungi Bella untuk bekerjasama dalam tiga drama berjudul Elham Untuk Nilam, Matahariku dan Move On Romeo.

“Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella.

“Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

“Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, A Aida bertegas tidak akan menerima Ruhainies berlakon lagi meskipun dia memohon maaf atas perbuatannya itu.

“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon.

“Kalau Ruhainies minta maaf pun, saya tak terima dia berlakon lagi,” tuturnya lagi.

Bella Astilah

Artikel Berkaitan: Nama Dibuang Dari Telemovie, A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies – “Isu Ini Serius & Saya Baik Dengan Bella Astilah”

Artkel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: “I Know What I Want In A Guy”- Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin? Pilih Lelaki Bertanggungjawab Berbanding Yang Kaya

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

旦增尼玛夺总冠军!李健成新科冠军导师

经过导师帮唱及个人独唱的激烈争夺,李健战队的旦增尼玛战胜哈林战队的黎真吾,脱颖而出夺得2018《中国好声音》的年度总冠军,李健成为本季「好声音」冠军导师。

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Mon, 23 Nov 2020
8TV Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022