Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin September 8, 2018 @ 12:00pm

Mudah Betul Nak Buat Chicken Tortilla Wraps Ini. Bahan-Bahannya ‘Simple’ Saja!

Kali ini penulis nak kongsikan resepi ringkas dan mudah yang boleh anda buat di rumah. Yela, hujung minggu ini kalau anda tidak kemana-mana, bolehlah manfaatkan masa dengan menyiapkan hidangan istimewa untuk seisi keluarga. Bolehlah asah ‘skill‘ memasak anda!

Resepi Chicken Tortilla Wraps yang akan penulis kongsikan ini anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa saja. Bukan saja mengenyangkan, malah merupakan menu sihat untuk anda sekeluarga. Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan perapan

200 gram dada ayam, dipotong sedikit nipis

2 ulas bawang putih, tumbuk / kisar halus

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

Bahan-bahan salutan ayam

3/4 cawan tepung jagung

1/4 cawan tepung gandum

1/4 sudu kecil soda bikarbonat

1/4 sudu kecil garam

1 biji telur

Bahan-bahan salad

Lobak dihiris panjang-panjang dan halus

Timun dipotong dadu kecil

Tomato dipotong dadu kecil

Bawang dipotong dadu kecil

Thousand Island

Mayonis

Tortilla

Daun salad

Keju

Cara-cara membuatnya

1. Cara perapan ayam

Gaulkan ayam bersama bawang putih, garam, lada hitam dan lada sulah. Ketepikan.

2. Cara buat salutan ayam

Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan garam sehingga sebati satu sama lain di dalam mangkuk. 

Pecahkan telur di dalam mangkuk yang lain. Pukul telur sehingga pecah. Kemudian, celupkan kepingan ayam yang diperap tadi di dalam telur dan celup pula ke dalam tepung. 

Seterusnya, goreng selama 5 minit, guna api sederhana saja. Angkat dan rehatkan untuk beberapa minit. Kemudian, goreng lagi sehingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan.

Tujuan goreng kepingan ayam sebanyak 2 kali supaya ayam lebih rangup.

3. Cara buat salad

Campurkan kesemua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk kecuali daun salad. Kemudian, gaul rata bersama Thousand Island dan mayonis. 

4. Cara gulungan

Panaskan pan, masak sedikit tortilla di atas pan tanpa menggunakan minyak. Kemudian, letakkan tortilla di atas pinggan.

Seterusnya, susun daun salad dan keju di atas tortilla. Ambil 3 kepingan ayam dan susun di atasnya, diikuti dengan salad. Kemudian, gulungkan. (rujuk video)

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Mar 2025

Salah Isi Borang Punca Kes Lafaz Taklik Along Cham Ditunda

Kes ditangguhkan selepas terrdapat kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!

Featured Thu, 17 Mar 2022
Featured Fri, 28 Jun 2024
Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Wed, 6 May 2026

“Ego Dan Bongkak Berpisah Tiada” – Rita Rudaini

Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang sukar menerima teguran selain bersikap ego.

Featured Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!