Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 31, 2021 @ 3:06pm

Mummy Jerung Ni Boss! Sofiaa Marieylla Dah Bergelar Penyanyi, Muncul Dengan Single ‘Akulah Jerung Merah’

Popular dengan nama ‘Mummy Jerung’, sensasi TikTok, Sofiaa Marieylla kini mengorak langkah dalam industri hiburan.

Terjun ke bidang nyanyian, pemilik nama Wan Siti Mariam Wan Mahyudin, 24, ini muncul dengan single pertama berjudul Akulah Jerung Merah.

“Ramai yang tak percaya pada mulanya, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan mempromosikan bisnes dengan tagline Skuad Jerung Merah yang merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran perniagaan saya di media sosial, saya menjadi sebutan ramai, lebih-lebih lagi di TikTok.

“Akhirnya, saya dapat mencuba bidang baharu dan hadir dengan single sendiri. Saya disunting secara rasmi menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan division terbaharu Rocketfuel Entertainment menerusi single yang berjudul Akulah Jerung Merah hasil ciptaan Hadi Rumnan dan Ajim Maze,” katanya.

Akulah Jerung Merah merupakan sebuah lagu bergenre pop rancak nuansa Melayu yang santai dengan ritma yang catchy diharap menambat hati para pendengar.

“Jalan cerita lagu ni simple je, ia mengenai Mummy Jerung iaitu saya sendiri yang melalui proses percintaan bersama seorang pemuda dengan pengakhiran yang bahagia, kiranya sehingga ke jenjang pelamin.

“Saya juga amat teruja dan terkejut di mana proses rakaman lagu serta pembikinan video muzik (MV) dapat disiapkan dalam beberapa hari saja oleh pihak Rocketfuel yang sangat professional,” katanya.

Lagu Akulah Jerung Merah boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Tue, 12 Oct 2021

Tidak Perlu Ujian Saringan COVID-19 Untuk Ke Langkawi – KJ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan individu yang ingin ke Langkawi tidak perlu lagi membuat saringan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi. Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , keputusan itu dibuat selepas mengambil kira […]

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Tue, 30 Sep 2025
error: Content is protected !!