Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:56am

Muncul Dengan Single Baharu, Anuar Zain Gamit Sanubari Menerusi ‘Sendiri’

Penyanyi popular, Anuar Zain kini tampil mengubat kerinduan dengan single baharu, Sendiri.

Bekerjasama dengan komposer tersohor, Farouk Roman, dan penyanyi meningkat naik, Aisha Retno selaku penulis lirik, magis jelas tercipta dalam Sendiri.

Gabungan nama senior dan generasi baharu itu tidak dinafikan menjadi kelebihan nyata untuk karya ini.

Menurut Anuar, keaslian dan keikhlasan luhur Farouk dan Aisha dalam karya ini amat dia kagumi.

“Kekuatan lagu ini adalah pada melodi dan liriknya yang ringkas serta mudah berhubung kait. Secara keseluruhannya lagu ini sangat baik dan bahagian yang paling saya suka adalah pra-korusnya.

“Selepas mendengarnya sekali, saya sungguh tertarik dengan lagu ini. Kali kedua mendengarnya pula, melodi dan liriknya terus melekat di hati saya. Lagu Sendiri adalah amat tepat dengan jiwa saya.

“Karya Farouk dan Aisha datang dari dalam sanubari mereka dan inginkan sesuatu yang berkualiti. Sekali gus dapat memberikan halwa telinga yang baik buat penggemar muzik tanah air,” katanya.

Lama tidak ke studio rakaman, pastinya menarik untuk mendengar pengalaman Anuar terbabit dalam penghasilan Sendiri.

Sudah pasti, kerinduan yang bersarang di hatinya terubat kini, namun bagaimana pula berkongsi ruang dengan pengkarya muzik baharu terbabit?

Ternyata, Anuar menikmati keseluruhan sesi dengan begitu seronok dan teruja.

“Sesi rakaman berjalan dengan santai dan sangat menyeronokkan. Kami berkerjasama didalam keadaan yang harmoni. Kami bertukar-tukar pandangan mengenai bagaimana lagu ini harus disampaikan sebaiknya produser vokal, Afif Tirmizie, Farouk Roman, dan Aisha Retno.

“Masing- masing begitu prihatin bagaimana lagu Sendiri harus disampaikan sebaiknya. Berpeluang mengenali hati budi masing-masing sewaktu rehat, tanpa disedari, kami sudah berborak selama lebih tiga jam.

“Banyak perkara dan pengalaman yang dikongsikan antara kami. Mengenai muzik, kehidupan, harapan, dan bermacam topik lain. Proses rakaman ini sangat menyeronokkan dan saya teruja dengan setiap saat kami luangkan,” katanya.

Sendiri boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Bergandingan Dengan Zaidi Omar, Aizat Saha Bawa Watak Penuh Emosi Dalam Filem Pendek ‘Tok Babah’

Tok Babah merupakan sebuah naskhah yang menyentuh emosi mengenai kehilangan insan tersayang.

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025

Semua peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh Malaysia bermula Julai hingga Oktober untuk mencipta content

Trending Fri, 23 Apr 2021
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

error: Content is protected !!